Saban hari, kes jangkitan influenza A semakin merebak dalam kalangan masyarakat Malaysia terutamanya kanak-kanak. Serangan wabak ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan seseorang malah ianya juga mampu membawa maut sehingga telah membimbangkan kebanyakan ibu bapa.
Seperti perkongsian di Facebook, Vianley Joe ada menceritakan pengalaman dan detik cemas yang dialami mereka sekeluarga apabila anaknya, Tantan disahkan positif influenza A.
Badan panas melampau
14 januari 2020, anak sulung saya, Tantan langsung tak menunjukkan apa-apa simptom pun dia kurang sihat. Cuma adik dan abang sepupunya je yang memang ada panas badan dan batuk. Tantan paling cergas di rumah jadi petang balik dari kerja, adik dan sepupunya je yang pergi klinik untuk ambil ubat dan antibiotik. Tantan macam biasa makan kuat, tak ada panas dan tak ada batuk. Tapi tak sangka dia pula yang positif. Dalam pukul 7 malam hari yang sama dia ada mengadu kakinya sejuk tapi bila cek suhu memang panas. Hairan juga sebab tadi okay je. Tanpa melengahkan masa saya bagi dia ubat demam untuk legakan panas badan dia.
Sejam selepas dia makan ubat, tak ada kesah langsung malah dia terus mengadu sejuk sampai menggigil walaupun dah pakai comforter yang tebal. Padam aircond dan kipas tapi masih lagi sejuk. Perasaan seorang ibu sangat tepat, tak sedap hati dan terus call suami suruh balik sebab nak bawa anak pergi mana-mana klinik yang available. Sebab time tu pun memang waktu klinik dah nak tutup. Tapi kami bernasib baik sebab klinik B masih buka tapi pesakit di sana terlalu ramai. Pukul 10 lebih baru diorang balik rumah. Saya tak ikut sebab adik memang kurang sihat dan mabuk ubat. Tanya husband apa yang doktor cakap, dia kata cuma demam biasa. Okay lah sekurang-kurangnya ada jawapan.
Tapi panas Tantan masih tidak kebah dari pukul 7 sampai lah 12 a.m. Tak pernah-pernah dia makan ubat paracetamol tak kebah. Memang hati naluri ibu sekali lagi, ajak suami pergi hospital pula. Suami cakap demam biasa tapi saya seorang ibu tak senang hati dengan badan panas terlampau, badan menggigil walaupun dah makan ubat. Google simptom influenza ada 2 yang sama dengan Tantan, tapi macam tak pasti lagi sebab bukan dari mulut doktor. Sampai suami cakap macam meminta pula balik-balik sebut benda tu, tapi sebenarnya bukan. Naluri sebagai seorang ibu sangat kuat, kami kenal anak kami jauh dari kamu kenal anak kamu.
Tantan demam panas
Bawa pergi hospital sebab Tantan demam panas tapi ubat pun tak boleh bagi sebab tak sampai gap waktu makan ubat, takut overdose. Sentiasa lap-lap seluruh badan. Sampai hospital medical assistant layan kami dan cakap Tantan demam panas. Kemudian masa daftar tu juga bagi Tantan minum ubat pain killer 10ml sebab terlampau panas. Walaupun 10ml tak mampan dengan badannya walaupun baru berumur 7 tahun. Dalam beberapa jam tengok baru tiba giliran kami. Masuk bilik dan doktor cakap sekali lagi yang Tantan demam panas.
Doktor tu cakap bawa anak kamu keluar dulu dan lap-lap badan dia. Kalau suhu tak turun tak boleh balik, nanti masuk bilik kita cek suhu lagi. Then tepat jam 1:30 kami cek semula suhu Tantan dan ada turun sikit. Doktor kemudian bagi tahu boleh balik sebab suhu dah turun, bagi ubat paracetamol, ubat selsema dan ubat batuk. Sempat juga bertanya dengan doktor bukan ke ini simptom influenza. Dia cakap bukan, ini demam biasa kalau nak cek pun tak boleh sebab diorang tak ada kit untuk test influenza. Jadi kena juga pergi ke swasta. Kalau positif klinik akan call diorang hantar pesakit tu ke hospital kalau kes teruk. Then saya cakap okay.
Dalam pukul 2 lebih macam tu kami balik rumah bawa Tantan dan dia macam tak kebah lagi, panas makin naik. Sepanjang subub pagitu saya berjaga, lap badan Tantan sebab suhunya tak kebah-kebah. Kesejukan terlampau. Hanya tuhan yang tahu perasaan aku masa tu. Sebab nakkan tahan mengantuk, terus scroll facebook dan semua feeds yang keluar adalah berkaitan dengan kes influenza A dan ada yang mati. Takut sebab Tantan dah ada 4 simptom influenza iaitu demam, bersin, menggigil dan sakit kepala.
Buat test, Tantan disahkan positif influenza
Tepat pukul 5 pagi waktu subuh pada 15 januari 2020, saya bagi Tantan pain killer 23ml sebab berat dia 37kg. Masih tak kebah walaupun sudah bagi ubat. Malah kulit dia bertukar jadi merah terutama bahagian muka dan telinga. Risau sebab anak ini tak pernah badan panas begini. Mengikut andaian saya sentiasa saya dia mesti kena influenza ni tapi nak test macam mana? Suami cakap dia ada nampak dalam Facebook test kit tu macam pregnant test. Saya cari di Watson dia kata tidak ada jual di situ. Buat status facebook tanya mana yang ada servis untuk swab influenza. Sekali lagi jawapan yang diberi adalah di klinik B. Call direct untuk pastikan sama ada servis itu ada atau tidak dan nasib baik memang servis tu ada di situ.
Dalam pukul 10 pagi kami pergi klinik B dan saya tanya doktor mengenai test influenza untuk Tantan. Lepas beberapa minit, terus dapat result dan kami tak berani tengok. Doktor dan staffnya senyum. Saya tengok keputusan menunjukkan Tantan positif influenza A. Doktor terus minta staff untuk pakai mask. Tantan dikuarantin di rumah selama seminggu. Tantan pindah bilik sebab adik negatif influenza. Tak boleh keluar dari bilik aircond tak boleh pakai. Sedih tengok keadaan dia. Influenza ni kalau sesuai dengan treatment dalam 2 hari je betul-betul climax dan hari ketiga demamnya beransur pulih dengan bantuan ubat-ubat.
Pada 16 januari, dos kedua antibiotik yang dia ambil telah bagi respon yang baik, demam dah tak naik, keluar peluh better daripada hari pertama dan hari kedua yang dia kena. Pada 17 januari, last dos antibiotik yang dia ambil dan tidak ada lagi pain killer. Dan pada 20 januari, dia officially negatif influenza A.
Sumber: Vianley Joe