berita

‘Kita Cuma Orang Kecil & Bukan Sesiapa Pun’ – Ustaz Ebit Lew Terharu Terima Anugerah Duta Muhibbah Palestin

July 2nd, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Ustaz Ebit Lew

Seperti yang kita sedia maklum, pendakwah terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew kini sedang menjalani misi kemanusiaan di Gaza.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Post FB Terakhir 27 Mei Lepas Itu ‘Senyap’ Terus, Ramai Risau Keselamatan Ebit Lew

Artikel Berkaitan: Wisma Putra Sedang Dapatkan Perkembangan Ebit Lew Di Gaza

Artikel Berkaitan: Ramai Bimbang Ebit Lew ‘Hilang’, Caprice Whatsapp Sendiri Tanya Khabar & Ini Respon Ustaz

Terbaru, Ustaz Ebit menerusi akaun Facebook miliknya berkongsi berita gembira mengumumkan dirinya telah dianugerahkan sebagai Duta Muhibbah Palestine / Palestine Goodwill Ambassador.

‘Cuma niat nak tolong sahaja’

Foto: Ustaz Ebit Lew

Berdasarkan perkongsian tersebut, Ustaz Ebit meluahkan rasa syukur dan terharu di atas anugerah yang diterimanaya itu. Meskipun begitu, dengan rendah diri beliau memaklumkan dirinya hanya melakukan sedikit sedikit usaha sahaja berbanding orang lain.

Kami dijemput meeting bersama Menteri dan Timbalan Menteri dari Kementerian Luar Palestine, Kementerian Pembangunan Palestin, Kementerian Kebudayaan dan Belia. Mereka menyambut dan melayan dengan sangat baik. Terharu rasa. Allahuakbar. Kita cuma orang kecil dan bukan sesiapapun. Cuma niat nak menolong sahaja.

Jelas beliau lagi, semasa di sana mereka turut membincangkan program-program yang bakal dilaksanakan di Palestin pada masa akan datang. Bukan itu sahaja, demi kebaikan generasi muda di sana, beliau turut bersetuju untuk bekerjasama dengan kementerian luar projek-cultural Exhibition of Heroism and Sacrifices.

Identiti dan tanah mereka diambil. Berapa banyak telah terkorban. Ada berapa banyak keluarga dah tiada keturunan mereka. Semuanya syahid. Berapa banyak bangunan diletupkan. Anak kecil terkorban. Jadi ini bina satu tempat untuk mengingat jati diri mereka dan semua yang telah berkorban.

Ustaz Ebit ucap terima kasih

Foto: Ustaz Ebit Lew

Dalam kesempatan itu, Ustaz Ebit meluahkan rasa berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat termasuklah kerajaan dan kementerian Luar Palestin serta semua rakyat Palestin. Bukan itu sahaja, beliau turut meluahkan rasa syukur atas keprihatinan dan doa yang dititipkan oleh semua rakyat Malaysia buat dirinya.

Terima kasih DS Hishammuddin Hussein dan Wisma Putra. Terima kasih Kedutaan Besar Malaysia Mesir. Terima kasih PM Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menjunjung kasih HRH Crown Prince of Johor yang bersama misi ini dan selalu mendoakan.
Menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

Sumber: Ustaz Ebit Lew

SKIP THIS AD ×