berita

Doktor Kecewa Banyak Sanitiser Hospital Dicuri Pesakit, Pelawat

March 19th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Memang tidak dapat dinafikan, penjagaan kesihatan merupakan salah satu perkara penting yang perlu dititikberatkan oleh setiap individu lebih-lebih lagi ketika negara kini sedang dilanda virus maut iaitu Covid-19. Namun, dalam kesibukan kita menjaga kebersihan ada segelintir individu yang tanpa rasa bersalah telah ‘mencuri’ hand sanitizer di hospital-hospital kerajaan dan swasta.

Seperti perkongsian seorang doktor di laman Facebook, iaitu Dr. Mahyuddin Mohamed meluahkan rasa kecewa dengan sikap rakyat Malaysia yang mementingkan diri sendiri dan langsung tidak mempunyai sifat kejujuran dalam diri.

Hand Sanitizer dicuri

Anda tau, banyak sanitiser kami di hospital dicuri pesakit dan pelawat. Ini harta rakyat dan kerajaan dan bukannya milik peribadi anda! Adakah anda fikir sanitiser yang bukan hak anda akan melindungi anda drpd COVID19?

Kakitangan kesihatan berkorban membahayakan nyawa, masa dan tenaga untuk anda. Anda pula langsung tidak peduli, selfish dan bodoh sombong. Hari ini kami ada pesakit yang sedang di kuarantin di rumah tapi datang temujanji ke klinik. Bila ditanya di 2 stesen saringan langsung tidak mengaku. Bila dah sampai berdepan dengan doktor baru la bagitau. Dah la tak pakai topeng muka.

Menerusi perkongsian seorang doktor bedah ortopedik yang berkhidmat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh memberitahu bahawa kebanyakan hand sanitizer yang diletakkan di hospital untuk kegunaan pesakit, pelawat dan kakitangan kesihatan telah dicuri. Tambahnya lagi, segelintir daripada pesakit dan pelawat yang datang ke hospital telah mengambil kesempatan mencuri barangan itu dengan membawanya pulang ke rumah untuk kegunaan peribadi.

Perbuatan tidak bertanggungjawab mereka ini secara tidak langsung memberi kesan buruk kepada orang lain.

Jaga kesihatan, jangan menipu

Sekadar gambar hiasan

Buat anggota kesihatan, jangan sesekali ambil risiko dan percayakan pesakit. Ada yang menipu. Yang nampak educated menipu. Yang nampak alim pun menipu juga. Sentiasa pakai topeng muka dan jaga jarak anda daripada pesakit. Anggaplah semua pesakit berisiko menjangkiti anda. Buat rakyat Malaysia, jika anda ada contact dengan orang yang COVID19, mengakulah. Bukannya kami tangkap anda pun kalau anda mengaku.

Kalau anda dikuarantin, duduklah di rumah selama 14 hari. Tak perlu la travel atau keluar rumah. Kuarantin la betul-betul. Tak perlu ke hospital. Temujanji anda boleh ditunda. Kalau kami semua sakit, siapa yang akan rawat anda?

Sementara itu, Dr. Mahyuddin turut memberi pesanan kepada kakitangan kesihatan supaya menjaga kesihatan mereka terutamanya apabila berhadapan dengan pesakit. Hal ini kerana, kebanyakan daripada pesakit yang dijangkiti Covid-19 ini sering menyembunyikan penyakit mereka.

Individu ini juga menasihati orang ramai agar menjaga kesihatan masing-masing dan mengikuti segala arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sumber: Dr. Mahyuddin Mohamed

SKIP THIS AD ×