berita

Cara Penjagaan SOP Yang Tepat Ketika Berada Di Tempat Awam

October 20th, 2021 | by Iman
Kesihatan & Hidup Aktif

Kredit foto: Berita harian

Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata Malaysia bakal memasuki fasa endemik bermula hujung Oktober ini, sudah bersediakah rakyat Malaysia untuk memasuki fasa ini?

Rakyat perlu lebih bersedia dan sentiasa berwaspada kerana di fasa ini kita akan hidup dengan Covid 19 walaupun negara berjaya mengawal pandemik itu, maka SOP dan juga penjagaan SOP haruslah sentiasa diikuti dan jangan sesekali diabaikan.

Disebabkan itu, ekonomi Malaysia bakal berjalan seperti biasa dan ini terdapat beberapa cara penjagaan SOP yang tepat ketika berada di tempat awam.

Artikel berkaitan: 5 Langkah Jauhkan Diri Daripada Jangkitan Covid-19 #KitaJagaKita

Artikel berkaitan: 5 Norma Baru Masyarakat & Ketahui Kenapa Pentingnya Langkah Pencegahan Awal.

Artikel berkaitan: ‘Peperangan Masih Belum Berakhir, Kita Akan Bertempur Di Medan Perang Baharu’ – Datuk Dr Noor Hisham

Pemakaian 2 lapis pelitup muka

Kredit foto: Alodokter

Sebelum ini hanya dikenakan 1 lapis pelitup muka akan tetapi disebabkan oleh beberapa varian baru Covid 19 yang dikenal pasti dapat merebak melalui udara, rakyat Malaysia digalakkan untuk mengenakan 2 lapis pelitup muka untuk pelindungan yang lebih.

Ianya amat digalakkan jika seseorang itu berada di zon berisiko tinggi dan zon merah yang perlu ke tempat awam seperti pasar raya, pusat membeli belah mahupun di kedai makan untuk membungkus makanan.

Hal ini kerana, Covid 19 bukan hanya merebak menerusi cecair akan tetapi turut merebak melalui udara. Jadi dengan memakai 2 pelitup muka ianya dapat menapis 95 peratus. Kita bukan sahaja dapat melindungi diri kita malah dapat melindungi orang sekeliling.

Jarak sosial 1 meter

Kredit foto: aiskrimpotong

Salah satu norma baru selain memakai pelitup muka yang perlu rakyat Malaysia patuhi adalah dengan menjarakkan penjarakan sosial sejauh 1 meter di antara satu sama lain.

Mengapa perlu 1 meter ? Hal ini kerana, kadar kelajuan titisan cecair yang keluar daripada mulut seseorang itu akibat bersin dianggarkan 150km/j dan ianya dikatakan boleh tersebar antara satu hingga ke dua meter.

Jadi, kajian menunjukkan bahawa penjarakkan satu meter sudah memadai akan tetapi jika lebih dari itu semestinya lebih baik.

Dengan menjaga penjarakan sosial ianya dapat mencegah kita daripada terkena penyakit berjangkit, ini kerana semakin dekat kita dengan seseorang yang telah dijangkiti Covid 19 semakin tinggi risiko untuk kita turut sama berjangkit.

Kerap mencuci tangan dan hand sanitizer

Kredit foto: Jabatan Penerangan Malaysia

Secara umum yang kita ketahui, Covid 19 merebak melalui cecair dan juga boleh merebak melalui udara. Jadi mengapa perlu kerap mencuci tangan dan memakai hand sanitizer ?

Tangan adalah salah satu anggota badan yang paling kerap menyentuh pelbagai jenis permukaan tidak kiralah bersih ataupun kotor, sudah semestinya permukaan tersebut mempunyai kuman yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Maka, dengan kerap mencuci tangan sekurang-kurangnya 20 minit bukan sahaja dapat mencegah seseorang itu dari dijangkiti Covid 19 malah dari penyakit berjangkit yang lain kerana ianya dapat merebak melalui sentuhan lebih-lebih lagi jika kerap menyentuh bahagian mata, mulut dan hidung.

Mencuci tangan dengan sabun dan juga air dapat menyingkirkan kuman termasuk mencegah daripada penyakit berjangkit Covid 19. Akan tetapi jika tiada air untuk mencuci tangan selepas tersentuh objek-objek di sekitar, dengan menggunakan hand sanitizer ianya boleh dijadikan sebagai ganti untuk membasmi kuman dan pelindungan yang lebih jika dipakai selepas membasuh tangan.

Elakkan 3S dan amalkan 3W

Kredit foto: Portal Myhealth

Apa itu 3s dan apa itu 3w ? 3s adalah perkara yang perlu dielakkan ianya adalah, kawasan yang sesak, kawasan yang sempit, dan juga sembang dengan jarak yang dekat.

Manakala bagi 3w pula adalah perkara yang perlu diamalkan, iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup muka (wear), dan juga amaran yang telah dikeluarkan oleh pihak KKM yang lebih kepada peringatan (warn).

Dengan meningkatkan amalan 3w dan mengelakkan 3s, sudah pasti kita dapat mencegah dan sekaligus dapat mengelakkn dari mendapat penyakit berjangkit itu serta turut menjaga orang di sekeliling kita.

SOP masih lagi terpakai walaupun rakyat Malaysia sudah diberi kelonggaran untuk merentas negeri, jadi sentiasa patuhi SOP walau dimana jua berada.

Sumber: BeritaHarian, HarianMetro, Alaf21 .

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×