berita

Nak Cari Duit Kahwin, Wanita Didakwa Curi Telefon Bimbit – ‘Umpan RM5K, Baru Setuju Nak Pulangkan’

February 24th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Semalam viral satu video di media sosial memaparkan seorang wanita dipercayai mengambil sebuah telefon bimbit yang tertinggal di kaunter kios makanan di sebuah pusat membeli belah.

‘Memang berunsur mencuri’

Difahamkan, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan aksi ‘kecurian’ itu dimuat naik oleh pemilik telefon berkenaan iaitu Nalissa Azmee sebelum ianya viral di media sosial. Dakwa wanita ini, dia sangat memerlukan telefon itu kerana di dalamnya terdapat banyak data pelanggan insurans dan terdapat dokumen perjalanan ke umrah.

Meskipun semua data dalam telefonnya sudah hilang namun Nalissa tetap bersyukur kerana berjaya mendapatkan semula telefon tersebut.

Kenyataan yang diberikan memang berunsur mencuri. Si pencuri dan minta maaf dan mengaku mencuri sebab berniat untuk menjual.

Umpan nak bagi RM5k

Sementara menerusi Facebook Fazrin Ghazali iaitu pemilik kedai tempat kecurian berlaku mendakwa pada awalnya lokasi pencuri tersebut berubah-ubah sehingga menyukarkan pemilik telefon tersebut untuk mengesan lokasi sebenar si pencuri.

Owner juga umpan pencuri jika pulangkan dia akan bagi duit sebanyak RM5k untuk beli telefon lain asalkan pulangkan telefon dia. Pencuri setuju dan kata nak pulangkan. Mereka deal berjumpa pada pukul 3 pagi di petrol station.

Yang mencuri perempuan tersebut adalah tunang kepada pencuri lelaki yang didakwa. Alasan mencuri sebab nak kahwin ahad ni dan perlukan duit untuk kahwin. Kenyataan dari keluarga pencuri seperti dalam screenshot ni tak benar sama sekali, memang pencuri ada niat mencuri.

Walau bagaimanapun, seorang pengguna Facebook yang mendakwa dirinya merupakan kakak kepada pencuri berkenaan telah meninggalkan satu komen dan menuduh semua yang berlaku itu adalah disebabkan kecuaian pemilik telefon berkenaan.

Kami memang dah contact akak ni untuk pulangkan tapi lewat lah sebab kami satu family jalan-jalan. Bila adik pergi pulangkan, siap roger polis angkut pergi balai. Settle dekat balai.

Bengang dengan tuduhan itu, Nalissa menyelar komen kakak kepada pencuri berkenaan dengan meminta orang ramai supaya tidak mempercayai kenyataan tersebut. Difahamkan, kes tersebut sudah selesai susulan mereka bertemu di balai polis.

Penjelasan pemilik kedai & owner telefon

Sumber: Facebook

SKIP THIS AD ×