berita

Doktor Kongsi 5 Langkah Cegah Anak Jadi Mangsa Pedophila

March 14th, 2018 | by Shafika
Make-It-Senang

Rasanya masyarakat di Malaysia sudah mempunyai kesedaran yang tinggi tentang jenayah pencabulan kanak-kanak atau disebut sebagai jenayah pedophilia yang semakin meningkat saban hari. Namun, tahukah anda bahawa jenayah pedophilia ini boleh dicegah?

Seorang doktor di klinik ibu dan anak berkongsi langkah yang wajib diketahui ibu bapa bagi mencegah perkara ini berlaku dan tindakan wajar yang boleh diambil sekiranya anak menjadi mangsa pedophilia.

‘Anak jiran letak jari dalam tu..’

Dr Hana berkongsi tentang pengalamannya berurusan dengan pesakit kanak-kanak yang dicabul semasa tinggal bersama pengasuh.

‘Ajak masuk bilik, ajar permainan kotor luar biasa..’

Kanak-kanak tersebut diajak bermain dalam bilik bersama rakan-rakan anak jirannya yang berjantina lelaki. Walaupun ramai orang dewasa tetapi tiada seorang pun yang menghalang kerana beranggapan bahawa anak-anak mereka sekadar bermain seperti biasa. Disebabkan oleh banyak perkara begini terjadi, Dr Hana mengongsikan beberapa tips yang boleh digunakan ibu bapa untuk mengelakkan anak menjadi mangsa pencabulan.

1. Didik Anak-anak Sejak Kecil

Ajar anak lelaki untuk hormat perempuan. Ajarkan anak perempuan maruah diri. Suburkan pendidikan agama dan nilai murni sewajarnya.
Kadang-kadang kita terlalu sibuk pagi petang siang malam.Sampai tak tau anak-anak buat apa kat rumah, belajar apa dengan kawan, tengok apa kat smartphone.
Be your kids’ best friend and mentor.

2. Sentuhan Selamat & Tak Selamat

Ajarkan anak-anak kat mana boleh pegang, kat mana tak boleh sentuh. Ingat, bukan anak perempuan je boleh jadi mangsa. Anak lelaki pun kena ajar sama.
Bagi kanak-kanak lelaki, ini private partnya: zakar, punggung, bibir dan dada.
Bagi anak perempuan: faraj, punggung, bibir dan dada.

3. Dah Kena Nak Buat Apa?

Kalau ada yang sentuh juga kawasan larangan, nak buat apa? Ajarkan anak untuk jerit, lari dan adu. Jangan diam, jangan pasif.

4. Term Mesti Betul

Ajarkan anak-anak term yang betul untuk faraj dan zakar. Jangan guna “angry bird”, “bunga”, “yu”, “pepek” dan sebagainya. Ini penting sebab kalau terjadi apa-apa dan melibatkan pihak polis/mahkamah etc, keterangan yang jelas perlu diambil.

5. Mak Ayah Pun Agak-agaklah

Mak ayah jangan buat aksi-aksi “cintan-cintun” depan anak-anak. Tunjukkan kasih sayang dan kemesraan tu boleh, tapi paham-pahamlah. Aksi yang kurang sesuai jangan ditunjuk ke anak-anak. Ada budak berumur 6-7 tahun dah pandai tiru aksi ranjang “ibu ayah” dan buat bersama kawan di sekolah tadika. Nauzhubillah.

3 Perkara yang perlu dibuat jika anak mengadu dicabul/seumpamanya

1. Bertenang

Cuba berlagak tenang. Memang hati kita bergelora, jantung bagai nak meletup, marah, risau, sedih semua bercampur. Of course kita sangat concern, tapi jangan panik dan kalut. Kalau mak ayah tunjukkan drama, anak-anak mungkin lebih trauma.

2. Doktor

Bawa ke doktor untuk pemeriksaan. Nak tahu jika ada kecederaan yang serius. Bukan saja kecederaan di private parts, tapi doktor juga perlu address kecederaan #emosi, kemudian rujuk kepada pakar yang berkenaan jika perlu.

3. Polis

Laporkan pada pihak yang sewajarnya. Tak perlu meroyan di media sosial. Silap haribulan yang meroyan ni pulak dianggap bersalah nanti. Padahal kita di pihak yang teraniaya. Biar pihak polis yang lakukan siasatan. #JANGAN_DIAMKAN walaupun ia berlaku dalam kalangan keluarga sendiri. Sebab kalau kita tak report, si pelaku mungkin bebas mencari dan membaham mangsa seterusnya.

Credit: Dr Hana

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×