Kegiatan keji seorang doktor berusia 73 tahun akhirnya terbongkar setelah 25 tahun menjalankan aktiviti tidak bermoral pada pesakitnya.
Artikel Berkaitan: Lelaki Mengaku Jadikan Anak Usia 8 Tahun Sebagai Pemuas Nafs* – ‘Isteri Tak Layan Saya Dengan Sepuasnya’
Artikel Berkaitan: Wanita Kurang Upaya ‘Diratah’ 9 Lelaki Secara Bergilir
Gangguan seksual
Memetik laporan BBC, doktor pakar bedah yang dikenali sebagai Joel Le Scouarnec didakwa melepaskan nafsunya pada 299 kanak-kanak yang menerima rawatan daripadanya.
Dilaporkan, kegiatan jijik ini dijalankan daripada tahun 1984 hingga 2014.
Pada 2017, polis membuat siasatan ke rumahnya dan menjumpai lebih 300,000 gambar kanak-kanak yang tidak senonoh dan patung bersaiz budak kecil.
Dia menyentuh dan memaksa untuk bersetubuh dengan lebih kurang 299 kanak-kanak.
Kejadian ini berlaku sejurus Joel beri ubat bius pada pesakitnya semasa sedang bertugas.
Joel rasa seronok dan ‘hebat’ dengan kegiatan keji itu.
Difahamkan, kejadian ini meninggalkan kesan trauma pada segelintir mangsa yang kini berusia 30-an.
Kesalahan dibela pihak hospital
Walau bagaimanapun, kesalahan yang dilakukan selama 25 tahun ini didakwa mendapat belaan daripada institusi kesihatan tempat kerjanya.
Pihak berkuasa pernah memberi amaran tentang Joel yang mengendalikan laman web berunsur lucah yang melibatkan kanak-kanak.
Tapi, kesalahan Joel ditutup dan dibela oleh pihak hospital.
Namun begitu, kes ini diteruskan dengan perbicaraan pada 24 Februari hadapan.