berita

Doktor Sahkan Organ Gagal Berfungsi, Wanita Ini Kehilangan Nyawa Akibat Pil Kurus

April 12th, 2016 | by Arini Saleh
Kini Trending

header ubat kurus

Sikap segelintir daripada kita yang terdesak untuk kurus dan cantik telah membuka peluang kepada orang yang tidak bertanggung jawab diluar sana mengambil kesempatan dengan menghasilkan pelbagai jenis ubat-ubatan. Korang kena berhati-hati kerana tidak semua produk di pasaran selamat dan sesuai digunakan. Jangan sesekali tertipu dengan testimoni yang dipaparkan.

Seperti apa yang terjadi kepada kakak lelaki ini sangat menyayat hati, kerana ingin kurus kakaknya telah pergi selamanya.

Kakak mengadu tak sihat dan demam, muka mula pucat dan bibir pecah-pecah.

Aku pun nak share satu cerita biar jadi pengajaran. Sekitar 2013 bulan 8 kakak aku pergi pada usia 33 tahun. Ceritanya begini..

2 minggu sebelum dia pergi dia mengadu kata kurang sihat dan demam. Kakak aku ni obes orangnya. Memang dah mcm2 ubat dia try untuk kuruskan badan. So minggu tu bila dia jumpa aku mengadu tak sihat dan demam, aku perasan muka dia agak pucat dan bibir dia pecah2. Aku suruh dia minum air banyak, dia angguk and kata dah banyak dah dia minum. And dia rasa letih teramat sangat dan sesak nafas. Arwah kakak aku ni ada asthma jadi aku suruh dia pergi sedut gas sebab aku ingat dia kene asthma.

Asthma kakak semakin teruk. Doktor syaki jangkitan kuman pada paru-paru.

Sehari sebelum dia masuk hospital aku jumpa dia. Keadaan dia makin teruk. Asthma dia tak berkurang. Dia kata dah pergi sedut gas 3 kali. Aku suruh dia ke hospital buat checkup dia kata esok insyallah. Malam tu dia tak tahan dah. Dia mintak adik aku hantar ke bahagian kecemasan. Bila sampai kecemasan doktor tahan. Suspek jangkitan kuman dekat paru2.

Kakak asyik mengadu haus sangat. Kadang bila bercakap kakak merayu nak air.

Esok aku pergi melawat dia kat hospital. Aku berbual dengan doktor pelatih yang tengok kakak aku. Dia kata mereka takda kemudahan hospital lengkap untuk diagnos keadaan kakak aku. Tapi based on symptom doktor suspek jangkitan kuman dalam paru paru. Mereka buat kaedah cuba jaya beri antibiotik dan tukar ubat jika tiada perkembangan positif sehingga dapat ubat yang sesuai. Haritu aku jaga dia, muka dia pucat, bibir dia kering. Aku nak bagi air doktor tegah kata kalau banyak air dlm bdn nanti lg sesak nafas dia. Arwah kakak aku bergantung pada tiub oksigen diletak di hidung dia. Dia asyik mengadu dia haus sangat2. Kadang bila bercakap dia separa merayu pada aku nak air. Aku curi-curi gak bagi air kat dia tanpa pengetahuan doktor. Aku tak sampai hati. Dia kata haus sgt maybe sebab tiub oksigen tu buat dia haus. Aku yg bodoh tak tau apa2 mengangguk dan mengandai setuju.

Hari kedua kakak mengadu tak boleh tidur, keadaan masih teruk dan bertambah teruk.

Hari kedua dia diwad, dia mengadu malam langsung tak leh tidur. Jantung dia laju. Aku bgtau doktor, doktor explain benda yang aku sebenarnya boleh faham. Tp aku agak emosi waktu tu so aku dah mula fasa menyalahkan pihak hospital sebab lembab buat kerja. Kakak aku masih teruk dan bertambah teruk. Kakak aku ngadu dia tak selesa. So aku decide nak bawak dia keluar dari hospital kerajaan ke swasta. Tapi doktor pelatih halang aku. Dia pujuk kata kalau nak bawa juga tunggu doktor pakar datang. So aku tunggu doktor pakar datang. Masa yang ada aku pujuk kakak aku mintak dia sabar dan cuba tidur. Dia cuba nak bercerita pada aku tapi aku bodoh tak nak dengar. Aku suruh dia diam dan berehat. Aku tak nak dgr dia bercerita. Mungkin dia nak bagitau aku pasal ubat yang dia makan. Tapi aku terlalu emosi. Jika waktu ni aku tau hakikat sebenar mungkin aku dapat bagitau doktor dan doktor boleh rawat dia dgn rawatan yang tepat. Sampai hari kedua doktor masih tak tau apa sebab ubat mereka bagi tak banyak membantu memulihkan keadaan kakak aku..

Hari ketiga, kakak agak kritikal dan dimasukkan ke icu.

Hari ketiga baru doktor pakar datang. Aku bgtau doktor pakar aku dah nekad nak bawa kakak aku ke swasta. Doktor pakar cek dan bgtau aku kakak aku agak kritikal. Dia mintak kakak aku dihantar ke unit icu. Aku terkejut aku tanya kenapa. Doktor kata mereka nak cuba monitor kakak aku kerap disana utk tau masalah sebenar. Aku sedikit marah. Kenapa baru harini? Doktor kata hospital tak cukup orang dan kelengkapan. Dia seorang sahaja doktor pakar yg ada dihospital tersebut. Sampai di icu kakak aku diberi tiub oksigen yg kuat untuk bantu dia bernafas. Waktu lawatan arwah ngadu oksigen tu terlalu kuat sampai dia rasa sakit dan tak selesa. Tp doktor mintak dia bersabar dan teruskan. Itulah kali terakhir aku jumpa dia dalam keadaan sedar. Aku ingat lagi kata2 akhir dia. Hausnya akak. Akak sakit sangat. Ko tlg jaga adik2. Akak maafkan semua. Doktor maklumkan andai keadaan memaksa mereka akan terpaksa tidurkan kakak aku dan masukkan tiub kedalam mulut utk bantu dia bernafas dari dalam. Doktor kata sbb arwah akak aku obes jadi risiko tinggi (aku jahil medical terms mungkin explain tak tepat)

Esoknya, doktor menidurkan kakak dengan kebenaran ayah.

Esok bila aku datang memang doktor dah buat semua tu. Bapak aku yg sign surat kebenaran tu. Kakak aku ditidurkan. Aku tanya doktor, doktor kata mereka masih tak tau apa berlaku pada kakak aku. Kaedah cuba jaya diteruskan. Aku bertegas mintak doktor pindahkan kakak aku ke hospital yg ada kelengkapan. Tapi keadaan dah tak mengizinkan. Kakak aku bergantung sepenuhnya pada tong oksigen dan mesin2 kat badan dia tu. Kalau nak pindah kene pindah dengan semua mesin tu dan itu mustahil utk dilakukan. Apa yang tinggal hanyalah bersabar dan bertawakkal.

Selepas hari kelima ketika azan subuh kakak tinggalkan kami.

Setiap hari aku dapat berita yang negatif dari doktor. Keadaan arwah tak improve. Doktor bgtau jantung akak bengkak, buah pinggang sebelah dah rosak. Tinggal sebelah je lagi yg berfungsi itupun dah teruk. Doktor mintak kami sedia.

Selepas 5 hari akhirnya azan subuh dia pergi tinggalkan kami. Sampai kesudah kami tak tau apa punca dia jatuh sakit. Doktor hanya mengandai dia alami organ failure disebabkan jangkitan kuman.

Jumpa ubat pelangsing badan, ubat tu tak lulus KKM.

Sebulan selepas arwah pergi adik dan makcik aku kemas bilik arwah. Akhirnya kami jumpa dua botol ubat pelangsing badan jenama “xxxx”. Sebotol dah abes. Sebotol lagi dah tinggal setengah. Bila aku google baru aku tau ubat tu tak lulus kkm dan penggunanya mmg banyak alami kesan sampingan mcm kakak aku alami. Haus, berdebar2, berpeluh melampau, sesak nafas dan sebagainya. Aku soal siasat adik2 aku yang tinggal dengan arwah. Dan adik aku bgtau arwah ada cerita dia nak beli ubat kurus. Dia kata TESTIMONI BAGUS!!. ADA ORANG TURUN BERKILO2 DALAM TEMPOH SINGKAT. Aku tanya kenapa adik aku tak halang. Dia kata aku dah nasihat so aku ingat arwah ikut. Rupanya dia beli senyap2. Kalau aku tau boleh aku bgtau doktor apa terjadi. Senang doktor tak payah cuba jaya utk rawat. Aku cuma boleh kata benda dah lepas hanya untuk jadi asbab sahaja. Yang pergi tetap pergi

JILAKE WAHAI ORANG YANG BERNIAGA HANYA DENGAN TESTIMONI. JANGAN JADI PEMBUNUH ATAS NAMA KEUNTUNGAN!! ESOK DEPAN MIZAN KAU TERIMA BALASAN DARI YANG MAHA ADIL!!

Ps: sekali lagi aku menyeru semua jadikan peristiwa ini satu pengajaran. Tolonglah jangan mudah terpedaya dngan Testimoni. Dan tolonglah jangan bertuhankan wang ringgit dan membunuh orang orang yang desperate mencari jalan keluar

Al-fatihah untuk arwah kakak. Semoga diampunkan dosa dan dipermudahkan urusan alam kubur dan akhirat.

Aku yang merindui arwah
ASA

Kepada korang yang nak consume ubat-ubatan pastikan kandungan dan bahan digunakan selamat. Cuba selidik dan cari informasi secukupnya sebelum menggunakan ubat-ubatan tersebut. Dan lebih elok lagi jika pengambilan setiap ubat kita mendapat nasihat dan dipantau oleh doktor yang bertauliah.

sumber: facebook Ahmad Anwar

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×