berita

Doktor Sahkan Pipi Lebam Disepak Kuat, Ibu Ini Bimbang Anak Didera Pengasuh

April 7th, 2016 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

header dera

Sering kali kita melihat di media sosial mengenai isu penderaan kanak-kanak yang agak keterlaluan. Rasa sayu dan sebak melihat anak kecil yang tidak tahu apa-apa diperlakukan seperti itu. Agaknya apa yang bermain di fikiran meraka yang sanggup mendera dan memukul kanak-kanak ini?

Terbaru di facebook, seorang ibu Kushie Wany memuatnaik satu status yang mana anaknya didakwa dipukul semasa berada di bawah jagaan pengasuh.

Hari pertama hantar Nabil dekat pengasuh

dera 2

Hantar pukul 8 pagi elok tak ada calar apa-apa. Ambil jam 5.30 petang muka Nabil abes lebam-lebam pada bahagian belakang dan tangan. Menangis menjerit-jerit saya dalam kereta call husband. Nasib baik bonda tak balik lagi sebab tak sedap hati.

Now Nabil dekat PPUM. Baru selesai jumpa pakar kanak-kanak, memang doktor sahkan Nabil kena sepak kuat dekat pipi. Kalau uolls tengok real memang lagi teruk.

Mulut bengkak dan masalah dekat gusi

dera 4

Skrg Nabil tak nak susu sebab mulut dia bengkak dan ada masalah dekat gusi. Now menangis dan menangis.

Sekarang tunggu doktor pakar kanak-kanak bahagian dera pulak turun untuk buat scan 1 badan sebab Nabil mula lembik.

Doakan anak Wany tak ada apa-apa.

Berdasarkan comment di laman facebook puan ini, anaknya masih mendapat rawatan dan beliau akan membuat laporan polis sejurus mendapat laporan kesihatan daripada pihak hopital berhubung kejadian ini. Didoakan semoga anak comel ini cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala.

sumber: Kushie Wany

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×