Tahun 2023 merupakan tahun bertuah bagi TV3 kerana program dokumentari khas Majalah 3 berjaya melakar sejarah dengan memenangi anugerah gangsa Kategori Program Faktual Terbaik Terbitan Asia di Content Asia Awards 2023 yang diadakan di Athenee Hotel, Bangkok.
Artikel Berkaitan: Majalah 3 Kongsi Kisah Misi TNB Kembalikan Kuasa Kenyir
Artikel Berkaitan: 204 Artifak Dibawa Dari KL Ke Jepun, Saksikan Episod Istimewa Majalah 3, Kapsul Masa: Misi Ke Tokyo
Anugerah di Content Asia Awards 2023
Kemenangan ini adalah menerusi episod khas berjudul “Misi: Kembalikan Kuasa Kenyir” terbitan TV3 dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB).
TV3 merasa amat bertuah kerana mendapat kerjasama dan sokongan daripada TNB dalam menjayakan dokumentari khas ini.
Penerbitan yang memakan masa hampir 3 bulan ini telah pun disiarkan pada 13 Mac yang lalu dan mendapat sambutan yang memberangsangkan sehingga mencecah 2 juta penonton.
Kerjasama yang terjalin ini, jelas membuahkan hasil yang sangat memuaskan apabila ia diiktirafkan di peringkat antarabangsa. Semoga kerjasama yang terjalin bersama TNB akan berkekalan dan pada masa yang sama dapat memberi manfaat kepada penonton setia TV3.
Dokumentari khas ini diterajui oleh Irin Putri Azmi selaku Penerbit Eksekutif, Penerbit serta wartawan Muhammad Hafiz Mohd Hizal dan Penyelaras Projek, Izzul Iswat.
Kejayaan program ini juga turut disokong oleh Pengurus Rancangan TV3, Faeza Farrah, Pengurus Besar Jualan Omnia, Chan Sue Harn, Pengurus Jualan, Stela Chong dan Eksekutif Jualan Ariff Azhar.
Kepada mereka yang ingin menonton edisi khas Majalah 3 “Misi: Kembalikan Kuasa Kenyir”, sila strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my.