berita

Dominasi Remaja Perempuan Wakili Malaysia Ke FIRST Global Challenge Di Geneva

September 13th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Empat orang remaja perempuan dan seorang lelaki dari Terengganu dan Johor Bharu bakal mewakili Malaysia dalam pertandingan FIRST Global Challenge yang akan diadakan di Geneva, Switzerland pada 13 hingga 16 Oktober depan.

Galakan kepada pelajar lain

Pasukan Malaysia terdiri daripada lima pelajar iaitu Nur Alia Sofiah Binti Zainordin, 16, sebagai kapten pasukan, Lidya Marlynda Binti Mahd Shah, 15, sebagai duta pasukan, Muhammad Ammar Akhmal Bin Abd Wa’fa, 15, sebagai pengaturcara, Khayra Binti Zokree, 15, sebagai pengarang media, and Nor Khairiah binti Omar, 15, sebagai ketua dokumentasi. Sementar itu mentor pasukan pula ialah En Ridhuan Azman dan Puan Nur Nadirah Binti Mohd Roslan.

Menurut Pengarah Program FIRST Global Malaysia, Ilylia Kamaruzaman, beliau merasa bangga melihat penglibatan ramai pelajar perempuan yang mampu memberi galakan kepada yang lain untuk berminat dengan robotik.

Kami berbangga kerana team Malaysia dan mentor tidak berputus asa untuk meneruskan usaha mengumpul dana, mewujudkan kesedaran, memberi inspirasi kepada golongan muda dalam komuniti mereka walaupun pelbagai cabaran selepas pandemik.

Kami percaya bahawa mereka akan membanggakan Malaysia. Pertambahan bilangan wakil wanita tahun ini akan menggalakkan lebih ramai pelajar perempuan menyertai robotik, yang sebelumnya didominasi oleh pelajar lelaki.

Persediaan tenaga kerja

Jelas Ilylia lagi, platform yang dicipta ini bukand dapat melahirkan belia yang berkemahiran tinggi tetapi penting sebagai persediaan untuk tenaga kerja.

Kami juga mahu mewujudkan belia yang seimbang yang tidak hanya cemerlang dalam bidang akademik, tetapi juga membangunkan kemahiran insaniah yang mengagumkan.

Inisiatif ini akan membawa pelbagai kumpulan anak muda bersama-sama untuk menyelesaikan sebarang misi diberikan

For Inspiration and Recognition of Science and Technology (FIRST) adalah acara tahunan robotik antarabangsa berpasukan yang disertai belia berumur 15 hingga 17 tahun. Sejak dianjurkan pada 2017, FIRST Global telah memberi inspirasi kepada jutaan pelajar, mentor, warga sekolah dan ahli komuniti dari 196 negara, bagi menggalakkan lagi STEM dan menyentuh isu-isu seperti akses kepada air bersih, penambahbaikan dalam insfrastruktur tenaga, dan banyak lagi.

Sejak enam tahun yang lalu, Robotics Learning (M) Sdn Bhd iaitu rakan kongsi rasmi kepada FIRST Global di Malaysia bertanggungjawab memilih ahli pasukan Malaysia. Ahli pasukan tidak semestinya adalah pasukan robotik terbaik dalam negara, tetapi harus menjadi pasukan yang dapat memahami nilai kerjasama, diplomasi, dan menyelesaikan masalah.

Dalam pemilihan kebangsaan tahun ini, Robotics Learning memilih pelajar dengan teliti berdasarkan prestasi keseluruhan mereka bersaing dalam pelbagai pertandingan robotik yang dianjurkan oleh Robotics Learning tahun lepas, merangkumi cabaran robotik antarabangsa yang disertai lebih 20 negara dan FIRST Global Challenge.

Diasaskan oleh Dean Kamen, jurutera Amerika yang terkenal dengan ciptaan Segway dan iBOT, FIRST Global Challenge turut disokong oleh Musk Foundation, Bezos Family Foundation, LAM Research, Fedex, Exxon Mobil dan XPrize.

SKIP THIS AD ×