berita

Donald Trump Isytihar Darurat Di Washington

January 12th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Menjelang pelantikan rasmi Joe Biden sebagai presiden Amerika Syarikat pada 20 Januari ini, Donald Trump mengisytiharkan darurat di Washington D.C. Menurut kenyataan The White House, Trump mengumumkan perkara itu semalam.

Beri amaran protes bersenjata

Semalam, Presiden Donald J. Trump mengisytiharkan darurat di Washington (District of Columbia) dan memerintahkan Persekutuan membantu gerak kerja susulan Perasmian Presiden ke-59 dari 11 Januari hingga 24 Januari 2021.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan White House, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) memberi amaran protes bersenjata sedang dirancang di semua 50 ibu negara Amerika Syarikat (AS), termasuk bangunan Capitol, menjelang pelantikan rasmi Biden.

Dalam pada itu, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA) diberi kuasa untuk membantu memastikan keselamatan awam dan melindungi harta benda sebagai sebahagian usaha mengurangkan ancaman.

Rusuhan tercetus

Terdahulu, sekumpulan penyokong setia Trump menyerbu bangunan Capitol. Kumpulan tersebut bertempur dengan pihak polis dan merosakkan harta benda ketika Kongres sedang bersidang. Rusuhan itu dipercayai tercetus selepas Trump mendesak penyokongnya untuk membantah apa yang dalam pilihan raya tersebut. Lebih kurang empat orang dilaporkan maut dalam kejadian tersebut.

Sumber: The White House

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×