Hotel Hilton bukan lagi satu nama yang asing, malah ianya dikenali di seluruh dunia dengan rangkaian hotel yang menawarkan fasiliti dan hospitaliti bertaraf 5 bintang!
Setelah pembukaan DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City pada Julai lalu, baru-baru ini Hilton mengumumkan pembukaan DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort di Lumut, Perak.
Menariknya DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort menawarkan pemandangan Selat Melaka dan Pulau Pangkor tanpa halangan. Bestnya!
Menurut Alexandra Murray, naib presiden kawasan dan ketua Asia Tenggara, DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort merupakan penambahan yang hebat kepada rangkaian 13 hotel semasa mereka di negara ini, termasuk enam hotel DoubleTree by Hilton yang sedang beroperasi.
Hilton juga terus mengembangkan kehadiran mereka di Malaysia dan teruja untuk membawakan layanan mesra mereka ke Lumut, sebuah bandar pantai yang terkenal dengan kekayaan warisannya, agar tetamu dapat merasai pengalaman di Perak pada tahap yang tinggi.
Lokasi strategik untuk pengunjung bersantai dan menenangkan fikiran
Terletak di pantai barat negeri Perak yang terkenal dengan pantai yang indah dan makanan laut yang bermutu tinggi, DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort berada sejauh 96 kilometer atau kira-kira 1 jam 45 minit dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh, dan 78 kilometer, atau kira-kira sejam pemanduan dari stesen KTM Batu Gajah.
Dengan wujudnya Lebuh Raya Pantai Barat yang baru sahaja siap, hotel ini juga amat mudah diakses dari Perak, Banting, Selangor dan Kuala Lumpur.
Resort yang mempunyai 294 bilik menghadap Selat Melaka ini juga terletak hanya beberapa minit dari pantai putih dengan pemandangan Pulau Pangkor dan pengunjung juga boleh merasai pengalaman melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti selam snorkel, banana boat serta memancing.
Lebih mengasyikkan, tetamu hotel juga boleh bersantai di kolam renang atau merehatkan diri di spa sementara anak-anak kecil mereka berseronok di kelab kanak-kanak dan taman air mini.
Bukan itu saja, buat para peminat sukan golf pula, korang juga berpeluang untuk menikmati permainan ini di padang golf 18 lubang yang hanya terletak lima minit dari pusat peranginan ini.
Kemudahan & fasiliti moden
Dah nama pun hotel bertaraf lima bintang, mestilah kemudahan dan fasiliti yang disediakan pun canggih dan lengkap kan!
Untuk pengetahuan korang, DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort mempunyai 294 bilik yang menggunakan kunci digital dilengkapi dengan balkoni peribadi dengan pemandangan laut atau hutan.
Setiap bilik juga mempunyai peti sejuk mini, televisyen berdefinisi tinggi dan akses internet berkelajuan tinggi. Nak bersenam dan merehatkan diri? Korang boleh pergi ke spa dan pusat kecergasan yang disediakan.
Bukan hanya untuk bercuti, malah resort yang berkeluasan lebih 1,400 meter persegi ini juga merupakan tempat yang ideal untuk majlis perkahwinan, mesyuarat perniagaan dan perhimpunan sosial yang lain, di mana ia dilengkapi dengan ballroom yang dapat menampung sehingga 1,000 orang tetamu.
Nikmati faedah-faedah menarik dan mata ganjaran dengan Hilton Honors
Lebih menarik, ahli-ahli Hilton Honors juga berpeluang untuk menikmati program kesetiaan-tetamu seperti pembayaran fleksibel, mata ganjaran, wang untuk menempah penginapan, Wi-Fi standard percuma dan diskaun ahli.
Yang lagi best, sempena pembukaan hotel ini, ahli-ahli Hilton Honors akan menerima 1,000 mata ganjaran bonus dengan penginapan maksimum selama lima malam yang ditempah dari 15 September 2022 hingga 30 Mac 2023, apabila menempah terus dengan Hilton.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort.