Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah, meluahkan rasa kecewa berikutan anak lelakinya yang sedang sakit didakwa telah dicium oleh pembantu rumah.

Artikel Berkaitan: ‘Harap Nubhan Beri Kerjasama Beritahu Anak-Anak Fasal Berita Perpisahan, Tak Mahu Seorang Diri Jadi Watak Jahat’ – Dr. Fie

Artikel Berkaitan: ‘Tiada Siapa Ingin Perceraian Berlaku’ – Nubhan Masih Boleh Berkawan Baik Dengan Dr. Fie Demi Anak-Anak

Dr Afifah kesal

Menerusi perkongsian di Threads, Dr Afifah atau nama lengkapnya Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek mendakwa pembantu rumah tersebut bertindak sedemikian ketika datang bersama Nubhan untuk melawat cahaya matanya itu yang sedang menerima rawatan di sebuah hospital.

Bekas suami buat kejutan melawat anak di hospital. Tetapi dia bawa sekali pembantu rumah bersamanya dan dia cium anak saya di bibir tanpa memakai pelitup muka. 

Saya sangka hari menjadi lebih baik, rupanya jadi pahit.

Sudah tegur

Dalam masa sama, Dr Afifah turut kecewa apabila tegurannya terhadap perbuatan tersebut tidak diendahkan.

Saya dah tegur.. lepas tu dah marah sikit pun tak cakap maaf dan buat muka senyum-senyum macam dialah terpaling sayang anak kita. Pelik la, saya tak boleh fikir.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut kurang senang ekoran tindakan tersebut didakwa boleh menjejaskan kesihatan kanak-kanak itu. 

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada 2 Disember lalu mengesahkan Nubhan sah bercerai dengan Dr. Afifah selepas meneliti lafaz talak yang dibuat di luar mahkamah.

Hakim Umamuddin Yunus menetapkan bahawa lafaz talak kali kedua yang dilafazkan Nubhan pada 26 Ogos lalu adalah sah mengikut hukum syarak dan undang-undang keluarga Islam.

Untuk rekod, Nubhan dan Dr Afifah yang juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.

Sumber: Dr Afifah