berita

Dr Erin Kongsi Foto Berpelukan Dengan Bekas Madu, Akui Da’i Farhan Buka Hati Terima Poligami

February 11th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Sebelum ini, kemelut rumah tangga Dai’ Farhan pernah menjadi bualan hangat netizen apabila didakwa curang dengan isterinya. Walau bagaimanapun, terbaru isteri kepada Dai’ Farhan, Doktor Erin kongsi foto berpelukan bersama bekas madunya.

Dia meluahkan perasaan dan kongsi kisah hidupnya yang pernah anti berpoligami apabila ibu kandungnya sendiri pernah dimadukan oleh bapanya. Namun segalanya indah kerana ibunya seorang penyabar dan redha dengan ketentuan illahi.

Tak mungkin saya berkongsi suami dengan orang lain

Wahai zaujku @farhanmutawwif, Engkaulah seorang manusia yang boleh memberikan jawapan dari ramai-ramai ustaz kenapa saya harus terima berpoligami pada awal perkenalan. Suamiku inilah manusia yang boleh menjawap semua persoalan ku dan mengubah hati dan akalku tentang kenapa orang perempuan perlu sakit hati  dalam bab ni macam tak adil je..apa perasaan lelaki kalau perempuan dia ada laki lain mesti sakit kan.

Tapi ayang boleh memberikan jawapan yang boleh membuka hati saya untuk berpoligami ketika itu walaupun saya seorang anti berpoligami, tak mungkin saya berkongsi dengan suami orang lain. Saya rela menjanda 100 kali pun.

Menurut Dr Erin, dia akui dia seorang anti poligami dan lebih rela menjanda 100 kali dari berkongsi suami. Namun suaminya, Dai’ Farhan mampu mengubah persepsi mengenai poligami.

Allah uji saya dicemuh kahwin laki orang

Biarlah orang nak kata saya atur laki dalam hidup saya, janji saya tak share dan tak amik laki orang. Saya tak kisah kerja siang malam besarkan anak walaupun bekas suami saya tak bagi sekupang pun. Saya boleh hadapi smua ujian yang diberi cuma saya selalu berdoa janganlah Engkau Ya Rabb uji saya dengan dapat laki kaki perempuan or laki orang sebab tu je yang tak mampu saya hadapi dalam dunia ini, saya selalu kata saya yakin Allah ada, minta Allah jagakan hati saya.

Tapi tula bila Allah nak makbulkan doa-doa kita ni Allah uji dulu betul ke ko betul betul beriman, ko redha dengan segala uji walaupun tu paling ko tak mampu hadapi. Allah beri saya 1 tiket ujian di cemuh di keji sebab kawin laki orang benda yang saya paling tak boleh hadap tapi tula saya rasa saya dah boleh hadapi ini dengan hati yang tenang.

Dia pernah berdoa agar tidak mendapat jodoh seorang suami orang atau kaki pukul, namun siapa dia untuk menyangkal ketentuan Illahi apabila dia berkahwin dengan suami orang. Tambahnya lagi, mungkin ini satu ujian buat dirinya saat dirinya dikeji orang ramai.

Nak jadi macam arwah mama penyabar

Moga Allah mendengar dan makbulkan doa saya untuk jadi macam arwah mama saya yang sangat penyabar orangnya dalam kehidupannya yang dimadukan dan diabaikan tapi dia redha tak pernah cakap buruk pasal suaminya walaupun suaminya depan kami anak beranak sebab dia kata mungkin ni suami dia yang abaikan dia sampaikan akhir hayat mama. Abah tetap true love mama walaupun abah ada true love yang lain.

Perginya mama dalam keadaan yang sangat indah menghadap cinta agung. Moga Allah tempatkan mama di syurga bersama sama orang yang sabar, Saya pun akan korbankan juga perasaan saya demi suami dan anak anak saya happy. Untuk zaujku yang dikasihi tetaplah memberi ilmu kebaikan walaupun kadang-kadang kita dianggap salah kerna kita semua pendosa di muka bumi.

Dia turut kongsi kisah ibunya yang hidup berpoligami apabila ayahnya berkahwin lain. Berkat kesabaran , ibunya mampu menjalani kehidupan yang tenang dan pengakhiran arwah adalah sangat indah.

Sumber : Media Hiburan

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×