Bersempena Hari Pramatang Sedunia, Hannan Medispa Sdn Bhd menyumbangkan dua unit inkubator neonatal bernilai RM80,000 kepada Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian.
Artikel Berkaitan: Uyaina Akui Perbelanjaan Besarkan Anak Tinggi, Pesan Ibu Bapa Rancang Kewangan – ‘Zalim Tak Beri Keperluan Asas Untuk Anak’
Artikel Berkaitan: Anzalna Nasir Tak Pernah Percaya Pembantu Rumah – ‘Walau Terlepas Job Beratus Ribu Pun, Yang Penting Anak-Anak Bawah Jagaan Saya’
Inkubator bernilai RM80 ribu
Pengasasnya, Dr. Hannan Yusof berkata, sumbangan tersebut bagi keperluan unit neonatal Jabatan Pediatrik yang mengalami kekurangan mesin berkenaan pada masa ini.
Bukan sahaja di HPUSM malah hospital-hospital lain juga pada masa ini mengalami kekurangan mesin.
Sebelum ini, arwah anak saya pernah dirawat di NICU, HPUSM dan saya memilih hospital ini untuk program CSR ini dan Insya-Allah bantuan ini akan diteruskan pada masa akan datang.
Tambahnya lagi, diharap mesin ini dapat membantu bayi-bayi pramatang yang memerlukan.
Saya dalam usaha untuk menyumbang mesin ultrasound kepada HPUSM juga.
Bantu bayi pramatang
Sementara itu, Timbalan Pengarah Infrastruktur dan Aset HPUSM, Dr. Mohamed Asyraf Mohamed Daud berkata, terdapat 60 pesakit yang menjalani rawatan dalam wad namun hanya ada 20 buah mesin sahaja yang digunakan.
Justeru, pihak hospital memerlukan tambahan mesin bagi menampung kekurangan.
Setiap tahun, pihak hospital akan memohon penambahan aset namun kekangan bajet juga menjadi faktor utama.
Sebab hospital ini cater semua disiplin, jadi kekurangan itu sentiasa ada dan kita tak mampu untuk penuhi 100 persen keperluan. Jadi apabila ada sumbangan seperti ini, pihak hospital sangat mengalu-alukanya.
Dalam perkembangan sama, Hannan Medispa turut membantu mangsa banjir di daerah Tanah Merah.