Korang perasan tak kulit wanita di Jepun rata-rata memang bersih dan glowing. Sampaikan kita pun jadi terikut-ikut nak beli skincare yang orang sana gunakan sebab kononnya nak dapatkan kulit sihat macam dorang.
Tapi tak ramai yang sedar jenis kulit orang Malaysia dan Jepun sebenarnya tak sama, jadi bahan dalam produk penjagaan wajah yang dorang gunakan pun tak semestinya sesuai dengan kulit orang kita tau.
Mengambil kira masalah yang dihadapi orang Malaysia ni, Dr Ingky pakar kulit terkenal bekerjasama dengan ahli farmasi berdaftar, Geraldyn untuk menghasilkan produk penjagaan kulit NIHON skin khusus bagi memudahkan orang kita mencapai kulit sihat persis mochi skin!
NIHON skin adalah produk yang diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia, ia medical-grade skincare yang selamat untuk digunakan. Haa ni bukan sebarangan skincare macam produk timbang kilo tu ye. Ianya diformulasi khas oleh pakar kulit dari Malaysia dan Jepun agar tidak memudaratkan kulit pengguna.
NIHON skin senang dan lengkap rutinnya dari pencuci muka sehingga krim malam, tak ada lagi kulit kusam lepas ni!
Cuba NIHON Basic Acne Set, sesuai untuk korang yang nak kesan lebih cepat dan ketara.
Setiap produk dalam set ni juga boleh dibeli secara berasingan, tapi kalau nak jimat ambik je sekali satu set sebab NIHON skin tengah ada potongan harga sekarang! Korang berpeluang untuk miliki ketiga-tiga produk pada harga RM339.99 je!
NIHON skin juga ada kolaborasi bersama Hoolah yang membolehkan pembeli untuk membuat bayaran ansuran sebanyak RM113.33 selama 3 bulan tanpa sebarang faedah.
NIHON Triple Action Serum diperkaya dengan retinol, vitamin C, niacinamide dan sodium hylorunate yang berkesan dalam merawat masalah sunburn serta memberikan kelembapan secukupnya pada kulit agar kekal terhidrat dan cerah.
Bila korang letakkan serum ni pada kulit, ia akan memberikan kesan calming secara serta-merta! Cara penggunaan pun mudah, selepas mencuci muka letakkan 1 atau 2 titis NIHON Triple Action Serum ke wajah diikuti dengan pelembap. Selesai!
Kalau korang ada masalah siku, lutut, ketiak yang gelap ataupun sunburn skin, cuba NIHON Brightening Body Creme, ia mengandungi asid kojic dan hyaluronic untuk mencerahkan serta melembapkan kulit badan agar kekal mulus dan berseri.
Bonus point sebab krim badan ni tak melekit jadi memang selesa untuk dipakai seharian!
Paling berkesan untuk merawat masalah jerawat dan parut jerawat
View this post on Instagram
Bila muka ada jerawat aktif kita lebih berpada-pada dalam pemilihan produk penjagaan wajah kan? Sebab takut nanti jadi lebih teruk tapi NIHON Brightening Face Creme terbukti berkesan dalam membantu mengurangkan masalah jerawat serta bekas jerawat sekaligus.
Garis halus dan kedutan di wajah pun bakal berkurangan dengan pemakaian yang berterusan. Barulah boleh dapat mochi skin!
Malah, NIHON Brightening Face Creme adalah jawapan untuk kulit wajah sesetengah pengguna yang rosak akibat menggunakan produk timbang kilo ataupun hydroquinone. Ia bakal mengembalikan keanjalan pada kulit wajah serta membaik pulih skin barrier yang rosak akibat pengunaan bahan yang salah.
Produk NIHON skin boleh didapati secara atas talian di https://nihonskin.com/. Cepat dan mudah! Tak perlu nak keluar rumah dah waktu-waktu PKP ni sebab penghantaran akan dibuat terus ke rumah korang.
Untuk sebarang info lanjut mengenai NIHON skin , korang boleh layari laman media sosial rasmi mereka di SINI dan SINI.