Bekas isteri kepada Harith Iskander iaitu Dr Jezamine Lim menyangkal dakwaan pelawak itu berlaku curang yang menjadi punca mereka berpisah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Harith Iskander & Dr Jezamine Sudah Berusaha Selamatkan Rumah Tangga, Bercerai Jalan Terakhir – ‘Perkahwinan Mana Yang Tiada Masalah?’
Artikel Berkaitan: Harith Iskander & Dr Jezamine Lim Sah Cerai Talak Satu, Perkahwinan Hanya Bertahan 14 Tahun
‘Kami memaafkan antara satu sama lain’
Ketika ditemui OhBulan!, Jezamine berkata, dia tetap dengan pendiriannya untuk tidak mendedahkan punca terperinci dan hanya mahu orang ramai tahu ia berpunca daripada ketidaksefahaman.
Dia (Harith) sudah cakap dia sudah buat kesilapan dan kita patut menghormati sebab ia tak mudah untuk seseorang mengeluarkan kenyataan dia sudah buat salah jadi walau apa pun sebabnya, ia bukanlah satu masalah.
Apa yang penting kami memaafkan antara satu sama lain dan teruskan kehidupan kerana kami berjanji untuk lebih berjaya bersama.
Jezamine berkata demikian sejurus prosiding perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada Khamis.
Berkongsi lanjut mengenai perasaan selepas berpisah, Jezamine tidak menafikan dia berasa sedih dengan keputusan tersebut.
Sudah tentu saya sedih tapi saya rasa ini adalah permulaan baharu. Sebenarnya semua saya sudah kongsi dalam video sebelum ini dan hari ini kami boleh katakan kami adalah kawan baik.
Kami memang kawan baik dan sehingga hari ini bila saya ‘struggle’ saya masih menghubungi dia dan bercerita mengenai hari saya. Saya juga masih pengurus dia.
Kami rasa kami melakukan kerja yang sangat baik untuk itu, dia menyokong saya. Itu yang saya sangat bersyukur sebab kami bermula sebagai kawan baik dan dia juga sangat memahami walaupun kadang-kadang dia boleh jadi sangat pendiam tapi dia sedang menganalisis.
Terdahulu, Harith sah bercerai talak satu dengan isteri, Dr Jezamine Lim di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada jam 12.05 tengah hari, Khamis.
Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Siti Noraini Mohd Ali selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Dr Jezamine pada bulan lalu.
Untuk rekod, Harith dan Dr Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9.