berita

Dr Noor Hisham Jalani Kuarantin Kendiri, Sidang Media Live Dari Rumah

October 6th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulllah sedang menjalani kuarantin kendiri di rumahnya sendiri. Perkara ini disahkan seorang pegawai kanan daripada Unit Komunikasi Korporat (UKM) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tidak hadiri sidang media

 

“Facebook (FB) KKM akan siarkan PC (sidang media) DG (Ketua Pengarah) secara langsung jam 5.30 petang dari rumah beliau tanpa kehadiran media.

Pegawai tersebut turut memaklumkan bahawa Dr Noor Hisham tidak akan menghadiri sidang media di Putrajaya pada pukul 5.30 petang ini.

Berikutan berita Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dilaporkan sah positif Covid-19 dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Susulan keputusan itu, kesemua individu yang hadir dalam mesyuarat berkenaan, termasuk Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri mengikut peraturan KKM menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di rumah.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×