berita

Dr. Rafidah ‘Petik’ Golongan Antivaksin, Rita Rudaini Bersuara – ‘Tak Semestinya Belajar Tinggi Semuanya Bijak’

November 9th, 2021 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Nama pelakon Rita Rudaini sering menjadi tumpuan sejak kebelakangan ini. Ada sahaja luahan perasaan, kontroversi yang melibatkan aktres kelahiran negeri Perlis ini.

Artikel Berkaitan: ‘Bukan Antivaksin, Panggil Saya Prosafe’ – Rita Rudaini

Artikel Berkaitan: ‘Dah Jadi Satu Kerja Aku Nak Basuh Lantai’ – Tak Bagitahu Bungkusan Air Bocor, Rita Rudaini Bengang Dengan ‘Rider’

Kami tidak mahu anda di sini

Terbaru, Rita, 45, dilihat tidak berpuas hati dengan ciapan daripada Pakar Perunding Perubatan dan Pakar Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr Rafidah Abdullah di laman Twitter miliknya.

Menerusi hantaran tersebut, Dr. Rafidah merujuk kepada individu yang gagal mematuhi undang-undang negara serta golongan antivaksin.

Sindir Dr. Rafidah, golongan antivaksin boleh terus tinggal di Malaysia tetapi katanya hanya di gua.

Belajar tinggi tak semuanya bijak

Sementara itu, pemilik nama lengkap Rita Rudaini Mokhtar mengakui terkejut dengan pemikiran Dr. Rafidah yang bergelar seorang doktor.

Siapakah dia ini? Dr. itu stand untuk apa ya? Kalau stand untuk doktor, sistur amat terkejut juga dengan pemikiran dari otak yang dianugerah dan dipinjamkan oleh Allah swt pada dia. Baru sistur tau, tak semestinya orang yang belajar tinggi, semuanya bijak. Hanya bijak atas kertas peperiksaan bidang mereka saja.

Terdahulu, Rita menafikan dirinya antivaksin seperti yang didakwa segelintir pihak hanya disebabkan belum bersedia untuk menerima vaksin Covid-19 sebaliknya menggelarkan dirinya prosafe.

Sumber: Instagram @ritrud727, Twitter @rafidah72

SKIP THIS AD ×