Bekas suami kepada penyanyi, Datuk Nora Ariffin iaitu Dr Rushdi Ramli memberitahu dia enggan memberi sebarang komen berhubung kes perceraiannya dengan penyanyi itu.
Artikel Berkaitan: Nora Ariffin Sah Bernikah Dengan Kawan Baik Arwah Suami
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nora Ariffin Diceraikan Suami Menerusi Rakaman Video
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Johan Masih Ada, Bukan Ini Yang Dia Nak Saya Buat’ – Nora Ariffin Pernah Lalui Fasa Sukar Dalam Hidup
Maaf, tak boleh komen
Memetik laporan Harian Metro, Dr Rushdi memohon maaf kerana tidak dapat memberikan sebarang kenyataan mengenai perceraiannya dengan Nora.
Maaf. Tidak boleh komen.
Disoal sama ada benarkah dakwaan dia dipaksa melafazkan talak terhadap Nora, Rushdi memilih tidak menjawabnya.
Terdahulu, penyanyi berusia 51 tahun itu membuka mulut dan tampil menjelaskan mengenai berita perceraiannya.
Menurut Nora, Rushdi tidak bersalah di dalam urusan perpisahan mereka kerana dakwanya hanya mengikut arahan namun tidak didedahkan identiti.
Pelantun suara ‘Samudera’ ini telah diceraikan talak satu oleh Rushdi menerusi rakaman video yang telah dimuat naik di Instagram.
Sumber: Harian Metro