berita

Dr Say Tak Sangka Kena Scam Lebih RM7k – ‘Terduduk Saya!’

August 19th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Doktor selebriti, Dr Say meluahkan rasa terkejut apabila dia menjadi mangsa ‘scam’. Menurut Dr Say, sindiket tersebut berjaya mencuri RM7,213.29 daripada kad kreditnya.

Terduduk saya

Ujar Dr Say, dia tidak menyangka perkara tersebut boleh berlaku dalam sekelip mata dan semuanya dipercayai bermula apabila dia menerima panggilan daripada pihak perkhidmatan penghantaran barang.

Awal-awal ada operator cakap ini adalah panggilan daripada *** maka saya layankan sehingga disambungkan kepada orang ***. Orang pos tu tanya saya boleh apa yang dia bantu. Padahal dia yang telefon saya, awat saya pula yang nak kena bantu. Mungkin masa panggilan tu kot saya kena scam.

Jelas Dr Say lagi, dia terkejut melihat ada transaksi yang tidak dilakukan sebanyak RM7213.29, semalam. Berikutan daripada itu, dia terus menghubungi pihak bank dan meminta mereka untuk menyekat akaun tersebut.

Ambil masa 100 hari untuk siasatan

Terbaru, Dr Say memberitahu pihak bank akan mengambil masa 100 hari untuk menyiasat mengenai kes tersebut. Susulan daripada itu, Dr Say berkata dia tidak perlu membayar jumlah amaun tersebut kepada pihak bank. Di akhir video, Dr Say meminta semua individu berhati-hati dan sentiasa berwaspada mengenai isu ‘scam’ yang semakin berleluasa sejak belakangan ini.

Sumber: Dr Say Shazril 

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×