Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkongsi doa yang paling kerap dibaca Nabi Muhammad SAW.

Artikel Berkaitan: ‘Acara Yang Mengandungi Unsur Pergaulan Bebas Adalah Haram’ – Dr Zulkifli Mohamad

Artikel Berkaitan: Dr Zulkifli Mohamad Perjelas Isu Umat Islam Ikuti  Aktiviti ‘Secret Santa’ – ‘Sarankan Agar Minta Pengecualian Dari Majikan’

Doa yang dibaca Nabi

View on Threads

Menerusi perkongsian di Threads, Zulkifli Al-Bakri memaklumkan dua hadis yang menyebut antara doa yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan amalan harian setiap mukmin.

Menurut Zulkifli Al-Bakri, doa yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW itu disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, serta Imam Ahmad dan al-Tirmizi.

اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Ya Allah, Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari seksa api neraka. (Riwayat al-Bukhari (6389) dan Muslim (7016). 

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu. (Riwayat Imam Ahmad (26618) dan al-Tirmizi (3522).

Bagaimanapun, Zulkifli Al-Bakri menegaskan bahawa doa-doa lain juga wajar diamalkan sebagai pelengkap ibadah dan bekalan menuju akhirat.

Ini bukan bererti bahawa doa itu hanya terbatas kepada doa-doa tersebut.

Kita digalakkan untuk mengamalkan semua doa yang ma’thur sebagaimana yang terkandung dalam al-Quran dan hadith-hadith yang sahih.

Sumber: Threads @drzukifli.albakri