Di aplikasi X, seorang lelaki mencuri perhatian apabila membuat pendedahan dirinya telah menjalani proses vasektomi sebagai ikhtiar untuk tidak mempunyai anak yang ramai.
Artikel Berkaitan: Manusia Ada Prasangka Pada Allah? Ini Penjelasan Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Buat proses vasektomi
Review vasectomy
Tisu gantung https://t.co/SBuecOMk6x pic.twitter.com/Yvm3otc4TG
— ?meingl? (@meinmokhtar) December 31, 2024
Menerusi perkongsian yang dikongsikan kepada @meinngl, lelaki berkenaan menjelaskan bahawa dia memilih untuk menjalani proses itu kerana tidak sanggup melihat isterinya ‘merana’.
Difahamkan, isterinya sebelum ini ‘merana’ kira-kira tiga bulan selepas mengambil suntikan perancang kehamilan.
Aku buat proses vasektomi minggu lepas sebab kami memang rancang tak nak anak lebih dan aku tak sanggup tengok isteri merana.
Selepas (isteri) kena cucuk perancang pertama kali, tiga bulan dia merana.
Aku kena potong, (proses vasektomi) prosedur ambil masa 30 minit ( tanpa skalpel), satu hari ja dah 90 peratus sembuh.
Kalau nak anak lagi, sperma masih ada, boleh ekstrak dan buat prosedur IUI (kaedah pemanian berhadas) atau Persenyawaan In Vitro (IVF),
Dapat perhatian Dr Zulfikli
Saya telah ulas pada Ogos 2024. Saya berpendapat prosedur vasektomi adalah haram dan tidak dibenarkan.
Rujuk kajian penuh di sinihttps://t.co/ySEM5D9yzh
Atau muat turun aplikasi Al Inarah di Play Store dan App Store. https://t.co/1c47M3jxWx
— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) January 1, 2025
Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Menerusi ciapan yang dibuat, Dr. Zulkilfli menjelaskan bahawa proses vasektomi merupakan haram dan tidak dibenarkan dalam Islam.
Saya telah ulas pada Ogos 2024. Saya berpendapat prosedur vasektomi adalah haram dan tidak dibenarkan.
Ini kerana prosedur vasektomi (menerusi laman Maktabah Al Bakri) dianggap sebagai satu bentuk kawalan kelahiran lelaki atau pemandulan yang kekal, disebabkan oleh keberhasilan untuk berjaya membalikkan semula (sebelum prosedur vasektomi) adalah sangat rendah, tidak mudah dan tidak selalunya berjaya.
Justeru, pemandulan kekal diharamkan oleh para ulama kerana ia melibatkan pengubahan ciptaan Allah, merosakkan asas kehidupan dan melakukan pembunuhan.
Untuk makluman, vasektomi adalah satu bentuk kawalan kelahiran lelaki yang memotong bekalan sperma ke dalam air mani.
Ia dilakukan dengan memotong dan menutup tiub yang membawa sperma.
Vasektomi mempunyai risiko yang rendah dan biasanya boleh dilakukan di bahagian pesakit luar di bawah anestesia setempat.
Sumber: Aplikasi X Meinngl, Aplikasi X Dr. Zulkifli, Maktabah Al Bakri