Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri memuji ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mempunyai budi pekerti yang baik.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astillah Bagi ‘Pickup Line’ Kepada Syed Saddiq Buat Ramai Geli Hati – ‘Takkan Nak Panggil B Pula’
Artikel Berkaitan: Netizen Tuduh Gedik, Didi Astillah Perjelas Kenapa Bella Dukung Turun Gunung Kinabalu – ‘Saya Cadangkan Akak Daki Tanpa Latihan Stamina’
Lelaki baik
Menerusi satu hantaran di Facebook, Dr. Zulkifli berkata Saddiq bukan sahaja memiliki tingkah laku yang baik malah cemerlang dalam kerjanya sebagai ahli politik.
Tempoh hari bertemu YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di majlis perkahwinan kenalan kami. Banyak perkara sempat dibualkan.
Anak muda yang baik dan beradab. Semoga dipermudahkan urusan beliau dalam menjaga kebajikan rakyat Muar. Pada saya, beliau ada potensi yang pergi lebih jauh dalam politik.
Tidak hanya memuji, Dr. Zulkifli yang dilihat aktif dalam media sosial sempat menyoloroh dengan Saddiq berkenaan pasangan.
Sibuk-sibuk berpolitik, jangan lupa ada “janji” yang lebih manis daripada manifesto. Bila dah berdua, baru bersemangat sikit dalam Parlimen!
Komen netizen
Hantaran Dr. Zulkifli mendapat perhatian orang ramai terutamanya mereka yang gemar melihat pasangan itu.
Sejak kebelakangan ini, nama pelakon Bella Astillah dan Saddiq sering menjadi buah mulut ramai susulan mempamerkan kemesraan di hadapan kamera.
Kemesraan mereka menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan netizen.
Sumber: Facebook