berita

Drama 7 Hari Mencintaiku 3 – Penonton Bakal Emo Habis-Habisan Ramadan Ini?

April 15th, 2022 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Kalau ditanya drama tempatan apa yang paling best ditonton? Mestilah 7 Hari Mencintaiku jadi pilihan! Dari musim pertama lagi dah viral di media sosial. Setiap plot memang best. Kalau korang follow dari episod 1, mesti korang tak nak miss untuk tonton episod seterusnya.

Banyak isu yang dikupas dan dipaparkan dalam drama 7 Hari Mencintaiku ni. Antara isu yang cukup sensasi adalah isu rumah tangga antara Khuzairi (Shukri Yahaya) dan Mia (Siti Saleha). Dalam setiap musim ada je ujian yang menimpa mereka.

7 Hari Mencintaiku 3 – drama paling ditunggu di 2022 kini kembali!

Yay! Setelah sekian lama, drama 7 Hari Mencintaiku kembali untuk musim ketiga pada tahun 2022. Dah lama kot penonton setia menunggu. Drama arahan Jamal Khan ni masih lagi mengekalkan barisan pelakon utama yang sama seperti Shukri Yahaya, Siti Saleha, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila dan ramai lagi.

Guys, tak cukup dengan itu, drama karya nukilan Siti Rosmizah ni turut menampilkan beberapa watak baru seperti Kak Piah, Che Putih, Taufik, Maimunah dan lain-lain. Confirm menyengat beb.

Drama 7 Hari Mencintaiku 3 ni ditayangkan pada bulan Ramadan. So, nak tonton drama ni kena la banyak bersabar ya guys. Kalau tak sabar, memang mental korang koyak nanti. LOL!

Dengar cerita, scene dalam drama 7 Hari Mencintaiku 3 lebih menyayat hati berbanding musim-musim sebelumnya. Nak tahu betul ke tak, korang kena tengok kat bawah ni.

Khuzairi terlibat dalam kemalangan jalan raya

Perkahwinan Khuzairi dan Mia Adriana kembali diuji apabila Khuzairi mengalami kemalangan. Macam tak percaya weh! Sama ada accident dia teruk atau tak, haruslah kena tengok nanti! Macam tak percaya, kan? Tapi tu la kenyataan yang korang kena terima apabila tonton drama 7 Hari Mencintaiku 3 nanti.

Disebabkan oleh kemalangan ini, sikap Khuzairi berubah menjadi panas baran. Confirm korang tengok nanti pun jadi geram. Sebabnya, Khuzairi rasa dia dah ‘tak perfect’ untuk jadi seorang bapa dan suami untuk Mia dan anak-anak mereka. Aduh!

Kami dapat tahu ada lagi satu plot best dalam drama 7 Hari Mencintaiku 3 yang buat ramai tertanya-tanya selepas tengok teaser drama ni. Get ready semua!

Pak Samad jatuh sakit dan dia tinggalkan pesanan terakhir?

Kami tahu watak Pak Samad ni memang favourite ramai. Dalam drama 7 Hari Mencintaiku 3, Pak Samad sebenarnya sedang sakit dan terpaksa jalani pembedahan tapi dirahsiakan daripada keluarganya. Kesiannya Pak Samad…

Pak Samad kemudian meninggalkan sepucuk surat kepada keluarganya meminta mereka mencari erti cinta sejati dalam masa 7 hari. Adakah ini pesanan terakhir Pak Samad? Kacau bilau jiwa dibuatnya!

Sebenarnya ada cara paling mudah supaya korang tak terlepas untuk tonton setiap episod dalam drama 7 Hari Mencintaiku 3 tau. Check this out!

Boleh layan drama 7 Hari Mencintaiku 3 di iQiyi sepuas-puasnya!

Tadaaa! Korang boleh layan drama 7 Hari Mencintaiku 3, satu episod setiap hari dari Isnin hingga Ahad, jam 8 malam di aplikasi iQiyi atau laman web www.iQ.com/local bermula 16 April 2022. So, tak perlu risau kalau terlepas siaran kat TV3!

Pelanggan VIP iQiyi boleh akses episod baru 1 jam selepas siaran TV. Nak lagi enjoy layan drama 7 Hari Mencintaiku 3, korang kena la jadi ahli VIP di iQiyi ya. Boleh ulang tengok berapa kali yang korang nak, tau!

Lagi special kalau korang jadi ahli VIP di iQiyi

iQiyi ni sememangnya platform hiburan yang akan buat korang enjoy. Banyak senarai tontonan dari Asia yang menarik belaka. Drama tempatan, K-drama, C-drama dan Anime tergempak pun ada. Movie pun berlambak. Sari kata untuk Bahasa Melayu dan English juga tersedia. Memang syok habis!

Tawaran khas untuk VIP ni memang best. Korang dapat tonton drama-drama yang eksklusif dan extra akses awal ke episod-episod baru pulak tu. Iklan pun boleh skip. Very the berbaloi!

Eh, ada lagi kelebihan VIP iQiyi ni. Drama dan movie di iQiyi boleh ditonton dengan ‘Full HD’ (Blu-ray 1080P) dan juga kandungan terpilih dengan fungsi ‘Dolby Atmos’ yang menjanjikan kesan bunyi lebih awesome. Macam tengok kat panggung beb.

Jom sertai peraduan iQiyi Strim & Menang, hadiah lumayan oi!

Kami ada berita menarik daripada iQiyi nak sampaikan kat korang ni. Sempena bulan penghargaan pelanggan iQiyi bermula 1 April hingga 8 Mei 2022, korang boleh sertai peraduan iQiyi Strim & Menang. Jom join!

Paling menarik tentang peraduan ni, korang berpeluang memenangi televisyen PRISM+, telefon pintar vivo, baju raya yang eksklusif dari Lubna dan Zalia bernilai RM1200. DAN…korang juga berpeluang untuk tebus akses ke rumah terbuka ‘Jom Raya Setikar’, boleh beraya sekali dengan Siti Saleha dan juga Syazwan Zulkifly! Fuh…beraya sakan tahun ni!

iQiyi tawarkan promosi VIP 40%, tak boleh tolak ni

Bermula 25 April 2022 pula, iQiyi akan buat promosi diskaun 40% untuk langganan setahun! Tawaran ni jarang-jarang iQiyi buat tau, memang korang tak boleh tolak! Korang boleh dapatkan promo ini di aplikasi iQiyi. 5 orang yang bertuah juga akan dipilih untuk menang akses ‘Jom Raya Setikar’, dan beraya bersama Siti Saleha dan juga Syazwan Zulkifly!

Selain tu, korang sebenarnya boleh dapat akses 6 bulan iQiyi VIP secara percuma dengan Celcom Xpax Tanpa Had dan nikmati lebih Internet Pantas untuk video HD penuh. Tebus, jangan tak tebus!

Apa yang kami boleh katakan, banyak scene mengalir air mata yang bakal meruntun jiwa dalam drama 7 Hari Mencintaiku 3 kali ni. Ajak family korang kat rumah tu untuk tonton drama ni di iQiyi atau laman web www.iQ.com/local.

Siap sedia kotak tisu kat tepi okay? Selamat menonton!

SKIP THIS AD ×