berita

Drama Mengarut, Menyesal Tengok! – Drama Menanti Februari Dikecam Teruk Netizen. Pendapat Korang?

May 9th, 2017 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Semalam merupakan episode terakhir untuk drama Menanti Februari yang dibintangi oleh Fatiya Latiff, Afiq Muiz dan Zul Ariffin yang mula ditayangkan sejak 3 April lalu. Drama ini mendapat antara sambutan ramai netizen dengan jumlah tontonannya yang ramai.

Namun, episode terakhir drama ini menjadi bualan netizen semalam. Rata rata tidak berpuas hati dengan episode terakhir drama ini sehinggakan ada yang merasakan ianya satu filem yang lari dari akidah. Aikk kenapa pulak?

Arie terlalu taksub bekerja

Drama ini mengisahkan Arie yang berkahwin dengan Fiza atas dasar cinta sehingga menyebabkan Edi, rakan baik kedua mereka memendam rasa. Namun, kebahagian yang diharapkan oleh Fiza tidak kesampaian apabila Arie terlalu taksub dengan kerjanya sehinggakan mengabaikan perasaan Fiza.

Hilang 6 bulan di lautan

Namun, takdir penentu segalanya apabila Arie hilang dalam kemalangan di lautan sehingga hilang selama 6 bulan lamanya. Dalam masa 6 bulan itu, Fiza dan Edi semakin rapat dan akhirnya kedua mereka pula bersatu sebagai pasangan suami isteri. Takdir menentukan, apabila Arie ditemui selamat namun terpaksa menghadapi Fiza dan Edi, yang telah disatukan sebagai pasangan suami isteri. Arie tetap mahukan Fiza kembali kepadanya kerana ingin menebus kembali kesalahannya sebelum ini.

Rata-rata netizen mengecam idea penulisan plot drama ini dimana seorang isteri yang berkahwinan lain saat suaminya hilang di lautan. Isu ini telah dijawab oleh pihak Ustaz Azhar Idrus mengenai taraf sah perkahwinan mereka.

Tak boleh kalau tiada kubur

Yg mna tgk cerita menanti febuari kat tv3..harap tgk vedio niy..hukum kalau laki hilang tiba2 laki balik semula..tp isteri sudah kawen lain..hukum dia suami kedua tu terbatal serta merta sbagai suami..dan suami yg hilang tu ada hak kpda isteri dia…p dlm cita tu lain pulak…tkot nnt rosak fahaman umat islam..???

Posted by MaSao Rizall on 3hb Mei 2017

Menyesal tengok

Tak boleh terima ending

Sumber : Twitter, Fatiya Latiff

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×