berita

Drama ‘Tentang Hati Dia’ Lakonan Aliff Aziz & Trisha Ooi Sarat Dengan Mesej Positif

July 7th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sudah disiarkan sejak 3 Julai yang lalu, drama ‘Tentang Hati Dia’ lakonan Aliff Aziz dan Trisha Ooi ini ternyata mencuri tumpuan  penonton setia ‘kaki drama’ TV3.

Bertemakan kisah jerih perih kehidupan seorang remaja hamil luar nikah untuk menebus kesilapan masa lalu, drama ini sarat dengan pelbagai mesej positif.

Hamil luar nikah

Tiara (Trisha Ooi) seorang pelajar cemerlang yang menjadi harapan ibunya, Fatimah (Fazlina Ahmad Daud). Namun begitu, Tiara telah hamil luar nikah gara-gara termakan pujuk rayu kekasihnya. Hal tersebut bukan sahaja menconteng arang ke muka Fatimah malah turut memusnahkan hasratnya untuk melihat Tiara berjaya hingga ke menara gading. 

Menyesali keterlanjurannya, Tiara nekad untuk meneruskan kandungannya walaupun dia dipaksa untuk gugurkan kandungan itu. Bahkan, kekasihnya sendiri tidak mahu bertanggungjawab ke atas anak itu. Demi menyelamatkan maruah keluarga mereka dari dicerca orang kampung, Tiara mengambil keputusan untuk membawa ibunya, ayah tiri serta adik tirinya ke kota untuk memulakan hidup baru. Malah, berjanji akan menyara keluarga mereka sepanjang hayatnya. 

Sarat dengan pelbagai mesej, naskhah ini menunjukkan bahawa masih ada ruang untuk seseorang itu bangkit menebus kesilapannya dan masih berhak untuk mendapat peluang kedua.

Gagal hari ini bukan bermakna gagal selamanya

Menerusi pemerhatian pihak OhBulan!, rata-rata komen netizen menasihati golongan muda agar lebih berhati-hati di dalam pergaulan seharian mereka. Menjadikan situasi Tiara sebagai contoh, bukan hanya diri sendiri akan merana bahkan ibu bapa juga akan turut menderita dengan perbuatan kita.

Tidak kurang juga sebahagian netizen yang beranggapan baik buruknya seorang anak itu, harus diterima ibu bapa dan janganlah dihukum tanpa muhasabah diri ibu bapa itu sendiri. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tertulis.

Menurut netizen lagi, lakonan Trisha Ooi dan Fazlina Ahmad Daud sangat hebat. Babak yang dilakonkan oleh mereka berdua berjaya menyentuh hati ramai penonton yang turut sama boleh merasakan kesedihan babak tersebut. 

Sekadar info, drama ‘Tentang Hati Dia’ ini disiarkan setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam di slot Akasia TV3. Bukan itu sahaja, korang boleh tonton semua episod percuma dan eksklusif di http://www.iq.com/local atau di app @iqiyimalaysia  

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×