berita

Drama Terbaru ‘Cukup Derita Itu’ Ni Dari Pengarang Novel Yang Sama 7 Hari Mencintaiku! Mesti Sama Best!

May 6th, 2021 | by Azyan
Kini Trending

Siapa yang dah tengok drama 7 hari mencintaiku mesti tahu yang drama tu memang best gila! Viral betul semua orang cakap pasal drama tu. Semua ternanti-nanti akan episode seterusnya dan tak sabar nak tengok pengakhirannya bagaimana kan?

Ha, bagi yang tak tahu, drama tersebut merupakan drama adaptasi novel hasil karya Siti Rosmizah! Dan kini, ada drama baru yang diadaptasikan dari novel juga dari pengarang yang sama tau!

Confirm-confirm la best kalau pengarang yang sama kan? Drama terbaru wajib tonton ni berjudul ‘ Cukup Derita Itu’!

Menampilkan gandingan menarik Hisyam Hamid, Cha Cha Maembong dan Ruhainies!

Bila tengok hero dan heroin ni dah tahu memang menarik cerita ni! Paling best sebab ada Hisyam Hamid! Jarang la cerita tak best kalau ada Hisyam Hamid berlakon kan?

Cha-Cha Maembong dan Ruhainies ni pulak gadingan yang tak pernah ada sebelum ni jadi mestilah makin teruja nak tonton!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ruhainies7

Yang buat lagi tak sabar nak tengok sebab Ruhainies membawakan watak berat dalam drama ni! Selalunya jadi gadis lemah lembut je tapi kali ni, Ruhainies membawakan watak dibuli dan dipukul. Sampai tak sanggup lah nak tengok.

Drama ni penuh dendam dan sifat cemburu! Mesti korang geram!

Sedikit sebanyak mengenai drama ni, ia mengisahkan tentang kehidupan pasangan kembar Ellani dan Ellana yang telah kematian kedua orang tua dan dibesarkan oleh ibu saudara mereka yang dilakonkan oleh Jasmin Hamid

Walaupun dibesarkan oleh ibu saudara mereka sendiri, tetapi mereka mendapat layanan yang berbeza. Ellana dilayan bak puteri manakala Ellani dilayan seperti hamba!

Konflik drama ini memuncak apabila Zarul yang sepatutnya berkahwin dengan Ellana berubah hati dan memutuskan untuk mengahwini Ellani.

Lepas tu terus lah Mak Ngah dan Ellana ni cuba nak rosakkan perkahwinan mereka! Dah boleh bayangkan dah Jasmin Hamid dan juga Cha Cha Maembong bergabung nak kacau Ruhainies ni!

Ada pelakon ternama tanah air yang lain juga tau!

Antara pelakon lain yang ada dalam Drama Cukup Derita Itu ni ialah Rosnah Johari, Fahrin Ahmad,Didie Alias,Farhan Asri, Dian P. Ramlee, Balkisyh Semundur Khan, Sera Melissa dan juga Arash Mohamad!

Tengok barisan pelakon tambahan pula dengan pengarang novel tersebut korang memang dah boleh tahu yang cerita ni akan menjadi salah satu cerita korang akan mengadap lepas ni!

Tonton di iQiyi setiap hari dari Isnin hingga Khamis

Jangan risau kalau tak sempat nak tengok dekat TV, korang masih lagi boleh tengok episod paling latest di iQiyi!

Episod baru akan ditayangkan setiap hari dari Isnin sehingga Khamis dan paling best, sejam lepas drama ni bersiaran di TV, korang dah boleh strim di iQiyi untuk pengguna VIP!

Jangan risau jika korang belum jadi VIP iQiyi, korang pun boleh akses secara percuma selepas 24 jam kemudian tau! Korang juga boleh download dulu dan tonton kemudian!

Tak sabar nak tengok episode baru? Nak jadi pengguna VIP? Raya ni ada promosi!

Bermula dari 7 Mei sehingga 16 Mei 2021, kalau korang nak naik taraf dari akaun percuma kepada akaun Standard VIP, ada promosi hebat!

Pakej yang harga asalnya berharga RM23.90, promosi raya ni jadi RM16.90 je untuk 3 bulan guys! Manakala untuk setahun pula dari RM87.90 jadi RM44.90 je!

Apa kelebihan jadi ahli VIP?

Memang berbaloi kalau korang dapatkan deals ni!

Kalau korang jadi pengguna VIP, bukan sahaja dapat tengok episod baru dengan lebih cepat tapi iklan pun tak ada. Banyak cerita-cerita menarik untuk korang tonton. Ada drama lokal, K-Drama, C-Drama dan juga Anime!

K-Drama dan C- Drama yang tak ada dekat aplikasi penstriman lain, ada dekat iQiyi ni tau! Kedua-dua sarikata Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pun ada.

Malahan, korang akan dapat content-content ekslusif lain dan Advance Privilege dimana ada sesetengah episod dan drama korang boleh tengok dulu dari pengguna akaun percuma!

Korang juga akan menonton drama tersebut Full HD (Blu-ray 1080P) lengkap dengan Dolby Atmos! Fuh, berbaloi sangat harga tu dengan apa yang korang dapat ni.

So apa lagi? Rebut peluang ni cepat dan tonton semua drama favourite korang,harini! Maklumat lanjut korang boleh klik dekat SINI!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×