berita

Dua Beradik Bawah Umur Dirogol & Diliwat Si Abang Angkat ‘Durjana’

December 2nd, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Harapkan pagar pagar makan padi, itulah peribahasa yang sesuai menggambarkan tindakan seorang lelaki yang sanggup merogol dan meliwat adik angkatnya sendiri. Kejadian tersebut berlaku di Kuala Nerus, Terengganu. Kejam!

Penjara 13 tahun, 5 sebatan

Menerusi laporan Astro Awani, suspek telah dijatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun serta lima sebatan atas pertuduhan merogol dan meliwat dua adik angkatnya. Mangsa yang berusia 10 dan lapan tahun, telah menjadi mangsa kerakusannya pada bulan Ogos dan September yang lalu.

Tertuduh yang berusia 26 tahun, bekerja sebagai pemotong rumput, telah mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya. Keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Noriah Osman. Mangsa pertamanya merupakan seorang kanak-kanak perempuan yang dirogol pada 31 Ogos yang lalu pada jam 12 tengah malam.

Turut meliwat

Gambar sekadar hiasan

Tidak berakhir di situ, tertuduh turut didakwa melakukan perbuatan terkutuk terhadap adik lelaki mangsa. Kejadian tersebut berlaku di lokasi yang sama, pada pukul dua petang, 16 September yang lepas. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (2)(e) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan bagi pertuduhan merogol, manakala tiga tahun dan dua sebatan bagi pertuduhan meliwat. Mahkamah mengarahkan hukuman berjalan secara berasingan bermula tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 26 Oktober lalu.

Tertuduh juga diarahkan berada dalam pengawasan pihak polis selama setahun sebaik selesai menjalani hukuman penjara.

Sumber: Astro Awani & Mohd Redzuan Abd Manap

SKIP THIS AD ×