berita

Dua Beradik Maut Mandi Sungai Ketika Cuti Hari Wesak

May 17th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Keterujaan 14 sekeluarga yang datang berkelah di Sungai Rayu, Matang Sarawak ketika cuti Hari Wesak bertukar satu mimpi ngeri selepas dua beradik dilaporkan maut berikutan lemas.

Tragedi maut

Foto: Astro Awani

Memetik laporan Astro Awani, mangsa dikenali sebagai Lee Jun Suhia, 34 dan adik perempuannya, Lee Huai Fen, 17 tahun. Ujar saksi ketika kejadian itu berlaku menjelaskan mangsa pertama (Lee Jun Suhia) cuba menyelamatkan isterinya yang sedang lemas.

Bagaimanapun selepas menyelamatkan isterinya, mangsa kedua pula lemas kira-kira 10 meter dari lokasi pertama dan Jun Suhia bertindak berenang ke arah adiknya namun kedua-dua mereka dilaporkan tenggelam.

Ujar Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak, Tiong Ling Hii operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dijalankan.

Kami menerima laporan kejadian pada jam 3.01 petang dan sepasukan anggota dan pegawai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya diatur gerak ke lokasi.

Operasi SAR turut dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Batu Lintang.

Difahamkan, mangsa pertama berjaya ditemukan pada 5.40 petang manakala mayat adiknya dijumpai sekitar sejam kemudian.

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×