berita

Dua Beranak Maut Kereta Terjunam Dalam Tasik, Mungkin Tertekan Pedal Minyak

March 22nd, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Seorang wanita warga emas dan anak perempuannya lemas selepas Proton Persona yang dinaiki mereka terjunam ke dalam tasik di Tasik Lake Resort di Serdang, Bandar Baharu. Kejadian itu dipercayai akibat pemandunya tertekan pedal minyak menyebabkan kenderaan tersebut meluncur ke dalam tasik.

Mangsa dikeluarkan sekitar 8 malam

Menurut Ketua Polis Daerah Bandar Baharu Deputi Superintendan Mohd Akmal Hizam Abd Khupura, dalam kejadian pada 6.30 petang itu, mangsa dikenali sebagai Hasmah Mat Isa berusia 69 tahun dan anaknya Noraiza Hashim berusia 28 dipercayai terperangkap di dalam kenderaan sebelum lemas.

Operasi mencari dan menyelamat telah dijalankan dengan bantuan, Jabatan Bomba dan Penyelamat (BPP) Serdang dengan dibantu oleh BBP Selama, Perak dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Sungai Petani tiba di lokasi pada jam 6.27 petang.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah menerima panggilan kecemasan dari MERS 999 yang sebuah kereta jatuh ke dalam tasik berkenaan. Berikutan itu, sebuah jentera FRT dan sebuah jentera EMRS ke lokasi kejadian untuk melakukan operasi penyelamatan.

Mayat Hasmah berjaya dibawa keluar oleh Pasukan PPDA pada 8.40 malam manakala mayat anaknya pada 8.59 malam tadi. Sementara Proton Persona itu dibawa naik ke permukaan pada 11 malam tadi.

Mungkin tertekan minyak

Dalam kejadian petang semalam, laporan mendapati kereta terjunam ke dalam Tasik Lake Resort, Serdang. Siasatan awal mendapati kereta berkenaan datang ke tasik itu untuk berjoging mungkin tertekan minyak atau sebaliknya.

Siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih dijalankan dan mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat. Menurut laporan daripada Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon , kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×