berita

Dua Beranak Terputus Bekalan Makanan, Hanya Teguk Kopi Untuk Tahan Lapar

June 25th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Ipoh, Perak, seorang wanita dan anak perempuannya dilaporkan terputus bekalan makanan sejak dua minggu ini. Lebih menyedihkan, mereka terpaksa mengharapkan ihsan orang ramai untuk menghulurkan bantuan.

Kutip pucuk di tepi jalan

Menerusi laporan Harian Metro, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Suganthi ini memberitahu bahawa sudah dua minggu mereka anak beranak makan bubur nasi. Tambah Suganthi, mereka akan membancuh air kopi sekiranya tidak tahan lapar. Ujar ibu tunggal itu lagi, mereka terpaksa menumpang berteduh buat sementara waktu di rumah nenek saudara kepada rakan mereka.

Kami akan makan bubur bertumiskan bawang atau cili sekali sehari pada lewat petang dan selepas itu kalau lapar sangat kami hanya teguk air kopi. Selain itu, saya akan mengutip mana-mana pucuk-pucuk yang boleh dimakan di tepi jalan untuk dibuat sayur masak lemak dan atau apa-apa saja. Saya langsung tak kisah, janji boleh hidup.

Anak hilang ingatan

Bercerita lebih lanjut, Suganthi memaklumkan dia kehilangan sumber pendapatan sejak berhenti bekerja sebagai sekuriti di sebuah kolej swasta ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Oleh itu, mereka sukar untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Saya boleh bertahan lapar tetapi sebagai ibu saya tidak boleh tengok anak tak makan, kerana itu saya cuba juga minta bantuan. Saya hanya sekadar mampu membeli sedikit ubat-ubatan di farmasi kerana tidak mampu menampung kos sebanyak lebih RM500 sebulan, selepas berhenti kerja saya sudah tidak dapat membeli ubat lagi. Sekiranya ada bantuan kami berharap ada rumah sendiri kerana kami juga tidak dapat menumpang selama-lamanya di sini dan kalau boleh dapat peluang saya mahu bekerja.

Jelas Suganthi lagi, anaknya pernah terlibat dalam kemalangan sehingga hilang ingatan pada tahun 2011 manakala, dia juga terbabit dalam kemalangan pada tahun 2014.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×