Peguam Mohamad Zahid memaklumkan anak guamnya, PU Azman atau nama lengkapnya Azman Syah Alias yang kini di Penjara Kajang berada dalam keadaan sihat.
Artikel Berkaitan: Rayuan PU Azman Tangguh Hukuman Ditolak Hakim, Dihantar Terus Ke Penjara Kajang
Artikel Berkaitan: PU Azman Dipenjara 24 Tahun & Dua Sebatan Atas Kesalahan Amang Seksual Remaja Lelaki
Dah hafal satu juzuk Al-Quran
Memetik laporan Sinar Harian, Mohamad Zahid turut memaklumkan anak guamnnya itu sudah menghafal satu juzuk Al-Quran sepanjang berada dalam tahanan.
PU Azman pesan supaya doakan dia. Alhamdulillah dia (PU Azman) okay di Penjara Kajang dan hikmah di sebaliknya dia maklumkan sudah hafal satu juzuk di sana.
Dalam perkembangan lain, Timbalan Pendakwa Raya, Rasyidah Murni Adzmi memaklumkan satu daripada dua representasi yang dikemukakan oleh PU Azman telah ditolak oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).
Difahamkan, representasi melibatkan mangsa lelaki berusia 17 tahun ditolak AGC dan akan diteruskan untuk perbicaraan dengan pertuduhan asal, manakala representasi bagi mangsa lelaki berusia 16 tahun 10 bulan telah diterima.
Walau bagaimanapun, Mohamad Zahid dan dan Fahmi Adilah tidak dapat mendedahkan secara terperinci mengenai keputusan representasi tersebut kerana tidak mahu mendahului mahkamah selain mahu merujuk kepada anak guam.
Mahkamah kemudian menetapkan 17 Disember ini untuk sebutan bagi status kes tertuduh di Penjara Kajang.
Pada 27 September lalu, PU Azman dimasukkan ke Penjara Kajang bagi menjalani hukuman 24 tahun penjara dan dua sebatan.
Mahkamah Sesyen Klang menjatuhkan hukuman itu terhadap PU Azman atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun lalu, dua tahun lalu.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani kaunseling di penjara, selain pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat hukuman.
Sumber: Sinar Harian