berita

Dua Doktor Kesal Ditamatkan Kontrak Hospital Kerajaan, Dah Tolak Tawaran Berkhidmat Di UK

January 21st, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Bidang perubatan merupakan salah satu bidang yang sangat mencabar dan dipandang mulia di alam pekerjaan. Tanpa individu di sebalik bidang ini, siapa sahaja yang mampu membantu pesakit-pesakit yang memerlukan bantuan perubatan. Betul tak?

Namun siapa sangka, di sebalik bidang perubatan ini masih ada lagi individu-individu yang tidak berjaya untuk mencapai impian mereka membantu para pesakit. Seperti kisah dua orang graduan perubatan ini, mereka terpaksa melupakan niat murni untuk berkhidmat di tanah air sendiri kerana kontrak pekerjaan mereka bersama Hospital Sibu (HSIBU) telah ditamatkan.

Ditawar pekerjaan di Britain

Menerusi laporan The Star Online, doktor yang dikenali sebagai Dr Bong Ing Hui dan Dr Wong Hui itu merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan daripada Universiti Southampton. Pada tahun 2018, Dr. Bong Ing Hui berkongsi cerita bahawa dia pernah ditawar untuk bekerja di Britain. Namun, beliau menolaknya atas alasan ingin berbakti dan berkhidmat di tanah air sendiri iaitu Malaysia.

Niat untuk berkhidmat tersebut tiba-tiba terpaksa dilupakan apabila beliau bersama rakannya, Dr Wong Hui telah ditamatkan kontrak pekerjaan bersama Hospital Sibu (HSIBU) dan tidak mendapat sebarang penjelasan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kami sangat terkejut kerana tidak mendapat apa-apa notis yang mengatakan bahawa kontrak kami akan ditamatkan. Mereka hanya menghantar surat dan member.

Kontrak ditamatkan

Tambahnya, pihak kementerian tidak menjelaskan sebab kontrak itu ditamatkan dan mereka berdua telah membuat rayuan tetapi masih belum menerima sebarang maklum balas.

Kami berharap dapat kembali dan menyelesaikan latihan kami kerana jika kamu ingin menjadi doktor pakar di Malaysia, kamu hendaklah bekerja di hospital kerajaan. Ia sangat mustahil bagi kami untuk melakukanya di tempat lain.

Perasaan menyesal ketika melakukan keputusan untuk tidak berkhidmat di negara luar tempoh hari juga turut diluahkan kedua-dua doktor tersebut.

Sumber: The Star Online

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×