Sekadar gambar hiasan
Seorang wanita di Sabah yang menerima rawatan di hospital Queen Elizabeth II disahkan meninggal dunia dipercayai dipukul oleh abang kandungnya.
Maut dipukul abang kandung
Sekadar gambar hiasan
Kejadian cemas itu berlaku di kediaman mereka yang terletak di Jalan Signal Hill, Kota Kinabalu. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Kalsom Idris, mangsa yang berusia 25 tahun ditemui oleh ayahnya dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri selain terdapat kesan luka yang berdarah pada tubuh badannya.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia dua hari kemudian.
Susulan kejadian itu, seorang lelaki berusia 26 tahun iaitu abang kepada mangsa telah ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah. Ahli keluarga mendakwa ketika kejadian, hanya mangsa dan suspek sahaja berada di rumah.
Kejadian dipercayai berpunca daripada pergaduhan antara dua beradik terbabit kerana mangsa dan suspek sering bergaduh di rumah mereka. Namun motif kejadian pergaduhan itu belum dapati dipastikan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Hasil pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati tiada sanjata yang ditemui namun polis merampas dua bentuk cincin yang dipakai suspek.
Sumber: Sinar Harian