Siapa sangka, penyanyi dangdut Indonesia, Lesti Kejora terpaksa menanggung kesakitan gara-gara sikap suaminya, pelakon Rizky Billar yang panas baran.
Artikel Berkaitan: Tidak Hadir Ke Infotainment Awards 2022, Rizky & Lesti Menang Kategori ‘Best Couple’
Masih lemah
Terbaru, Lesti kini menerima rawatan di Hospital Bunda, terletak di Menteng, Jakarta Pusat sejak Khamis lalu setelah menjalani pemeriksaan oleh penyiasat Polis Metro Jakarta Selatan berhubung laporan terhadap suaminya.
Memetik laporan Jawapos.com, Lesti berada dalam keadaan yang sangat lemah.
Keadaannya sangat lemah. Dia tidak mahu makan.
Selain itu, penyanyi dangdut dikatakan mengalami kecederaan yang teruk di bahagian leher.
Tekaknya beralih,” kata sumber yang enggan didedahkan identiti.
Dua kali bertengkar
Sementara itu, wakil dari Balai Polis Jakarta Selatan memaklumkan kekerasan dalam rumah tangga (KDRT) berlaku sebanyak dua kali iaitu pada 28 dan 30 September di Cilandak, Jakarta Selatan.
Kejadian bermula selepas mangsa memberitahu suaminya dia mengetahui tentang hubungan sulit dan kemudian berlaku pertengkaran. Pergaduhan terjadi sebanyak dua kali iaitu pada 28 dan 30 September.
Sebelum ini, aktor yang berusia 27 tahun dikatakan mula bertindak agresif dengan memukul dan menolak Lesti di atas katil sebelum mencekiknya sehingga wanita itu terjatuh di lantai.
Kes ini masih dalam siasatan pihak polis dan disiasat mengikut Pasal 44 Undang-undang No.23 Tahun 2004 tentang Penghapusan Keganasan Rumah Tangga (UU PKDRT). Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh dipenjara sehingga 15 tahun sekiranya mangsa mengalami luka berat ataupun meninggal dunia.
Terdahulu, Lesti Kejora dan Rizky Billar mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.
Sumber: News.detik & Jawapos.com