berita

Tidak Hadir Ke Infotainment Awards 2022, Rizky & Lesti Menang Kategori ‘Best Couple’

September 30th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Nama pasangan selebriti muda Indonesia, Rizky Billar dan Lesti Kejora kecoh di media sosial selepas penyanyi itu tampil membuat laporan polis dengan mendakwa dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rizky Billar Dedah Selalu Mandi Bersama Isteri Selepas Kahwin, Cara Lesti ‘Coverline’ Memang Sempoi

Artikel Berkaitan: Nampak ‘Loving’ Rupanya Suami Kaki Pukul? Penyanyi Buat Laporan Polis Dakwa Dicekik & Dihempas Ke Lantai

Menang besar

Susulan kontroversi itu, Rizky dan Lesti tidak hadir ke Infotainment Awards 2022 yang diadakan semalam (Khamis) di Studio 6 Emtek City, Jakarta Barat.

Memetik laporan Kapan Lagi, pasangan itu memenangi empat kategori iaitu Best Couple, Celebrity of The Year (Lesti), Gorgeous Mom (Lesti), dan Gorgeous Dad (Billar).

Bagi mewakili pasangan itu, pengacara Ruben Onsu, Raffi Ahmad dan Irfan Hakim mengambil trofi kemenangan di atas pentas.

Doakan yang baik-baik

Raffi yang mewakili Rizky berkata, ‘Ini punya Billar, apa pun berita yang ada di luar sana, kami mendoakan semoga Billar dan Lesti diberikan jalan terbaik.’

Manakala Irfan Hakim yang mewakili Lesti bagi kategori Gorgeous Mom mendoakan agar ibu muda itu dipermudahkan urusan.

Rizky Billar, Lesti, dan Baby L seharusnya ada di tengah-tengah kita. Tapi cerita kehidupan mereka tidak pernah tahu seperti apa. Lesti sabar, ini untuk kamu.

Sementara itu, untuk kategori Best Couple, giliran Ruben Onsu yang mewakili Rizky dan Lesti.

Saya mewakili Rizky Billar dan Lesti. Untuk Rizky Billar dan Lesti banyak cinta untuk kalian berdua.

Rumah tangga pasangan ‘sweet’ ini didakwa bergolak selepas penyanyi dangdut itu mendakwa suaminya berlaku curang. Pelakon yang berusia 27 tahun dikatakan mula bertindak agresif dengan memukul dan menolak Lesti di atas katil sebelum mencekiknya sehingga wanita itu terjatuh di lantai.

Kes ini masih dalam siasatan pihak polis dan disiasat mengikut Pasal 44 Undang-undang No.23 Tahun 2004 tentang Penghapusan Keganasan Rumah Tangga (UU PKDRT). Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh dipenjara sehingga 15 tahun sekiranya mangsa mengalami luka berat ataupun meninggal dunia.

Terdahulu, Lesti Kejora dan Rizky Billar mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.

Sumber: Kapan Lagi

SKIP THIS AD ×