berita

Dua Lelaki Parah Ditetak, Didakwa Kacau Isteri Orang

April 2nd, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gara-gara disyaki mengganggu isteri orang, dua lelaki cedera ditetak parang selepas terlibat dalam pergaduhan.

Artikel Berkaitan: Cemburu Cakap Telefon Dengan Lelaki Lain, Suami Tetak Isteri Guna Parang

Artikel Berkaitan: Sakan Berhibur Hingga Selisih Faham, Warga Afrika Maut Ditetak Di Belakang Leher

Cubaan mengganggu

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin menjelaskan bahawa ketika kejadian pada pukul 4 pagi itu, kedua-dua lelaki yang berumur 23 dan 32 tahun tersebut cuba untuk mengganggu isteri suspek.

Pergaduhan itu dipercayai berlaku akibat salah seorang daripada mangsa cuba untuk mengganggu isteri suspek. Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah kerana ditetak menggunakan parang.

Susulan itu, seorang wanita berumur 39 tahun dipercayai bersubahat dengan suspek telah ditahan pada hari yang sama oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

Pihak polis juga sedang memburu suspek utama dikenali sebagai H. Heranpal Singh dengan alamat terakhir di 241, Jalan Karak, 28400, Mentakab, Pahang.

Dalam pada itu, pihak polis juga menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kes berkenaan.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×