Seorang kanak-kanak lelaki, Bronson Battersby berusia dua tahun ditemui mati bersebelahan mayat bapanya dalam satu kejadian di Skegness, Lincolnshire.
Mati sebelah mayat bapa
Memetik laporan Metro UK, kejadian tersebut berlaku selepas bapa kandung Bronson iaitu Kenneth, 60, maut akibat serangan jantung pada 29 Disember lalu. Memandangkan hanya mereka berdua sahaja yang mendiami rumah tersebut, Bronson yang terbiar tanpa makanan dan minuman selama dua minggu selepas kematian si bapa.
Lebih menyayat hati apabila petugas kebajikan yang dijadualkan untuk melawatnya pada 2 Januari lalu didakwa gagal menghubungi mangsa. Petugas kebajikan itu kemudian menghubungi polis dan datang kembali ke rumah tersebut dua hari kemudian.
Namun perkara yang sama berlaku apabila dia sekali lagi gagal mendapat respon Kenneth. Sehinggalah pada 9 Januari, petugas kebajikan berjaya mendapatkan kunci rumah Kenneth dan alangkah terkejutnya apabila dia melihat Bronson dalam persalinan baju tidurnya dengan keadaan ‘meringkuk’ di sebelah mayat bapanya.
Hasil bedah siasat mendapati punca kematian Bronson adalah disebabkan dehidrasi dan kebuluran manakala Kenneth meninggal dunia akibat serangan jantung.
Sumber: Metro UK