berita

Dua Minggu Kuarantin Covid-19 Di Rumah, Hanya Makan Vitamin & Air Tambah Tenaga

January 20th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Setiap individu yang disahkan positif Covid-19 sudah pasti mempunyai simptom yang lebih kurang sama iaitu, batuk, demam, selsema, hilang selera makan, sesak nafas dan lain-lain lagi. Malah, ada juga di antara mereka yang tidak mempunyai sebarang simptom semasa mendapat tahu bahawa diri mereka positif Covid-19.

Menerusi temubual bersama team OHBULAN! seorang lelaki yang dikenali sebagai Azim, berkongsi pengalamannya sewaktu disahkan positif Covid-19.

Kontak rapat rakan sekerja

Azim tiba-tiba rasa hilang deria bau dan tak boleh bau sabun mandi termasuk minyak wangi. At the same time ada rasa sakit badan tanpa sebab. Demam pun on off dan selsema juga secara tiba-tiba. So, terus rasa tak yakin nak masuk kerja. Pergi buat swab test dekat Center Taman Connaught pada 7 Januari dan hasil ujian yang dapat immediately tu positif.

Menurut Azim, simptom pertama yang dilalui olehnya sebelum disahkan positif Covid-19 ialah dia kehilangan deria bau. Tambahnya, dia turut mengalami selesema dan batuk secara tiba-tiba. Susulan daripada simptom yang dihidapinya, Azim mengambil keputusan untuk melakukan ujian swab. Ternyata, keputusan yang diterima adalah positif. Azim turut memaklumkan bahawa dia merupakan kontak rapat rakan sekerjanya.

Berkongsi pula mengenai detik selepas disahkan positif wabak berkenaan, Azim terus menghubungi majikannya. Lantaran daripada itu, pejabatnya diarah untuk tutup buat sementara waktu. Azim turut memberitahu 13 orang rakan sekerjanya turut positif wabak berkenaan. Selain menghubungi majikan, Azim turut menghubungi ibunya yang secara kebetulan belum pulang dari ‘outstation’. Sebagai anak, Azim meminta ibunya untuk tinggal bersama kakak terlebih dahulu. Ini kerana, ibunya merupakan golongan yang berisiko kalau dijangkiti wabak berkenaan.

Kuarantin dekat rumah

Tak ada masalah self-quarantine sebab Azim memang tinggal seorang sahaja dekat rumah. Makan pun order dekat Foodpanda. KKM belum call lagi setakat hari ke-9 ni. Azim dah cuba usaha call Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat. Tapi tak berjaya. So, Azim just hubungi mereka melalui email dan Facebook mereka.

Sepanjang tempoh kuarantin di rumah, Azim memberitahu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), masih belum menghubunginya . Manakala, usahanya untuk menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat juga tidak berjaya. Tambahnya lagi, PKD perlu mengeluarkan satu surat pengesahan status yang membenarkan pesakit keluar atau tamat tempoh kuarantin.

Disoal pula mengenai pengambilan ubat semasa mendapat tahu dirinya positif Covid-19, Azim memberitahu dia hanya mengambil multivitamin dan beberapa minuman yang mampu menambah tenaga. Selain itu, dia turut mendengar nasihat kawan-kawan dan membaca pengalaman individu yang positif Covid-19.

Kuarantin lagi seminggu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mohd Azim Kamaruzzaman (@azim.kzaman)

Terbaru, Azim memuat naik posting mengenai keadaan dirinya. Jelasnya, dia perlu menjalani kuarantin lagi seminggu di rumah kerana hasil ujian swab test kali kedua belum keluar. Tambahnya, gelang ‘pink’ di tangannya itu bakal dipotong setelah dia selesai menjalani tempoh kuarantin seminggu tersebut.

Memandangkan jumlah kes di Malaysia semakin menunjukkan peningkatan, Azim turut memberi nasihat buat semua rakyat Malaysia agar patuh SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Di samping itu, semua individu perlu berwaspada terhadap keadaan sekeliling. Kerap mencuci tangan dan memakai hand sanitizer semasa menyentuh tombol pintu atau butang lif juga merupakan nasihat yang diberikan oleh Azim buat semua masyarakat di negara ini.

Sumber: Azim

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×