berita

Dua Minggu Menghilang, Rosyam Nor Gembira Jumpa Kucing Kesayangan Semula

March 15th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, pengarah dan pelakon terkenal Datuk Rosyam Nor meluahkan rasa sedih dan terkilan apabila kucing kesayangannya, ‘Midnight’ hilang sejak 2 Mac lalu. Kehilangan kucing berusia lima tahun itu sangat dirasai oleh seluruh ahli keluarga Rosyam Nor sehingga pelakon ‘KL Menjerit’ ini sanggup memberi ganjaran RM1,000 kepada mereka yang menjumpai ‘Midnight’.

Artikel berkaitan: Rosyam Nor Sedih Kucing Hilang, Tawar Ganjaran RM1,000 Kepada Individu Yang Jumpa – ‘Saya Dah Rindu Minta Dipulangkan Semula’

Terbaru, Rosyam Nor berterima kasih kepada semua pihak yang membantu menguar-uarkan berita tentang kucing kesayangannya itu. Lebih gembira, kucing tersebut telah selamat dijumpai.

2 minggu menghilang

Dah jumpa! 2 minggu menghilang. Midnight kucing saya dah kembali ke pangkuan keluarga. Alhamdullilah. Terima kasih, kerana viralkan kjucing saya hilang. Terima kasih saudara Wann kerana bersusah payah mencari no saya melalui @finasmalaysia. Terima kasih Datin Dr Rozana kerana sudi menjaga dan memberi makan pada Midnight. Terima kasih juga pada semua yang mendoakan. Terima kasih Allah. Hilang sedih selama 2 minggu.

Menerusi posting di Instagram, Rosyam Nor gembira kerana kucing kesayangannya dijaga dengan baik oleh seorang individu yang dikenali sebagai Datin Dr Rozana. Tambah Rosyam, Datin tersebut telah memberi makan dan minum kepada kucingnya selama dua minggu. Malah, mereka turut menghubungi FINAS bagi mendapatkan nombor telefon Rosyam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam)

Di ruangan komen, rata-rata rakan artis gembira melihat reaksi Rosyam Nor sebaik sahaja berjumpa dengan kucingnya itu.

Sumber: Rosyam Nor

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×