berita

Dua Suspek Akhirnya Berjaya Ditangkap

September 14th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini viral apabila 3 lelaki membunuh kucing bunting secara kejam dengan memasukkannya ke dalam mesin pengering pakaian di dobi layan diri. Perlakuan kejam mereka dirakam CCTV premis berkenaan serta tular di media sosial menimbulkan kemarahan orang ramai.

Terbaru, menerusi Harian Metro, 2 suspek yang dikehendaki itu berjaya ditangkap pihak polis. Walau bagaimanapun, seorang suspek lagi masih bebas.

2 sudah ditahan

Kedua-dua lelaki berkenaan yang mana perlakuan kejam mereka membunuh seekor kucing bunting terbiar dengan kejam, ditahan awal pagi tadi sekitar daerah ini.

Bagaimanapun, polis masih lagi memburu seorang lagi suspek yang turut berada di lokasi ketika kejadian kejam itu dilakukan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, dua daripada tiga lelaki berkenaan ditahan awal pagi tadi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak. Menurutnya, kedua-dua suspek ditahan sekitar Gombak dan polis masih lagi memburu seorang lagi rakan mereka yang masih bebas.

Diburu polis sejak semalam

Semalam, polis mendedahkan gambar tiga suspek berkenaan yang dikehendaki kerana melakukan penganiayaan dan membunuh haiwan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

Ketiga-tiga suspek diburu selepas mereka membunuh seekor kucing bunting terbiar dengan ‘memanggangnya’ dalam mesin pengering pakaian di dobi layan diri di Taman Gombak Ria, 12.30 tengah malam, Selasa lalu.

Bangkai kucing berkenaan ditemui pelanggan lain pada 10.30 pagi ketika ingin menggunakan mesin pengering berkenaan sebelum sebuah pertubuhan membela haiwan bertindak melaporkan kejadian kepada polis.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×