Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris akui lagu berjudul Hati Kama merupakan lagu duet paling istimewa pernah dirakam.
Artikel Berkaitan: Netizen Pelik Kenapa Noraniza Idris Diam, Tak Nyanyi Lagu ‘7 Nasihat’ Atas Pentas
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Nurhaliza Pembayar Zakat Tertinggi Dalam Kalangan Artis, Tak Pernah Culas Bayar Sejak 5 Tahun Lalu
Hati Kama unik!
Ketika ditemui OhBulan!, Noraniza atau mesra dengan sapaan Kak Ani berkata keistimewaan Hati Kama terletak pada jalan cerita lagu tersebut yang merupakan hasil ciptaan komposer terkenal, Allahyarham Pak Ngah.
Malah, Noraniza turut menyifatkan lagu duet bersama penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza itu sebagai unik dan berbeza dengan lagu duetnya yang lain.
Hati Kama merupakan lagu duet yang lain daripada lain, saya banyak lagu duet lain tapi tidak sama dengan lagu ini. Kerana lagu Hati Kama merupakan masterpiece arwah Pak Ngah.
Lagu ini ada satu penceritaan, lagu ini meronta dari dalam untuk meluahkan rasa dari hati, bagaimana rasa itu mahu diterjemahkan. Lagu ini sangat berbeza dan sangat unik.
Waktu ingin memartabatkan lagu irama Malaysia, saya duet dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza, secara tidak langsung irama Malaysia berada pada level yang seterusnya.
Noraniza berkata demikian ketika ditemui pada sidang media konsert kesembilan All Stars Gegar Vaganza yang berlangsung di Majlis Bandaraya Shah Alam, pada Ahad.
Mengulas lanjut mengenai persembahan membawa lagu Hati Kama bersama Liza Hanim, Noraniza bersyukur apabila peminat mengatakan terubat kerinduan untuk melihat dia menyanyikan lagu itu secara langsung.
Bila ada yang kata terubat rindu nak lihat lagu ini dinyanyikan di pentas secara langsung, saya bersyukur dan gembira.
Masih ramai yang rindu dan minat pada lagu-lagu irama Malaysia.
Terdahulu, Liza menyampaikan lagu Hati Kama duet bersama Noraniza selaku penyanyi undangan pada konsert kesembilan All Star Gegar Vaganza.