berita

‘Dugaan Bertunang Terlalu Berat’ – Syafie Naswip Putus Tunang Selepas Tiga Bulan

July 23rd, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Baru sahaja bertunang pada April lalu, pelakon Syafie Naswip mengakui perhubungan sudah terputus di tengah jalan. Dia ketika dihubungi mStar Online mengakui keputusan dibuat atas persetujuan kedua-dua belah pihak.

Syafie dan Aishah Azman yang merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini walaubagaimanapun menafikan punca putus disebabkan orang ketiga.

Dugaan bertunang sungguh berat

Pelakon filem Mohsin ini memberitahu sepanjang tempoh bertunang dia diduga dengan ujian yang berat. Dia memberi gambaran dugaan tersebut melibatkan kematangan dirinya.

Tidak ada orang ketiga mahupun masalah keluarga tetapi saya rasa dugaan bertunang ini terlalu berat dan tidak mampu untuk diteruskan.

Jika dugaan ketika ini sudah tidak mampu saya tanggung, bagaimana nanti apabila sudah berkahwin?

Buat masa sekarang, mungkin ini adalah keputusan yang terbaik untuk kami berdua. Mungkin juga dugaan paling besar adalah soal kematangan diri saya.

Mereka dipercayai sudah tidak mengikuti Instagram masing-masing selain memadam foto bersama.

Aishah enggan komen

Buat masa sekarang saya tidak mahu keluarkan apa-apa kenyataan. Kalau pihak Syafie mahu berkata apa-apa, saya tidak boleh menghalang.

Saya akui dugaan ketika bertunang sangat berat.

Walaubagaimanapun, Aishah Azman ketika ditanya tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai berita yang tercetus.

Sumber : mStar Online

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×