berita

Dugaan Datang Bertubi-Tubi, Felixia Yeap Lega Bergelar Muslimah

July 4th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-07-04 at 1.13.03 AM

Bukan mudah untuk membuat satu keputusan yang amat drastik dalam kehidupan. Lebih-lebih lagi apabila ianya berkaitan dengan soal penghijrahan ke agama lain.

Artikel Berkaitan: Kekalkan Nama Cina, Felixia Yeap Tidak Benarkan Liputan Media Semasa Pengislamannya

Namun, ianya tidak berlaku kepada si cantik, Felixia Yeap. Gadis berusia 28 tahun itu tetap nekad meneruskan niatnya untuk memeluk agama Islam.

Menerusi laman Facebooknya, Felixia akhirnya membuat pengumuman kepada orang ramai bahawa dia sudah bergelar seorang muslimah pada jam 6.30 petang semalam.

Screen Shot 2014-07-04 at 12.59.18 AM

Status di laman Facebook Felixia Yeap

Malah, Felixia sempat berkongsi beberapa status menarik lain sebelum dia mengucapkan dua kalimah syahadah di sebuah masjid di Taman Tun Dr. Ismail.

Antaranya, dia memberitahu bahawa ibunya memberikan 2 keping angpau untuknya dengan ucapan; Ma is giving you some money as good luck for you and for your new life.”

Untung Felixia sebab mendapat sokongan dan restu daripada keluarganya sempena penghijrahannya ini kan? Semoga Felixia terus menikmati keindahan agama Islam dan Istiqamah dalam menjalankan kewajipan sebagai seorang muslimah.

Kredit foto: Instagram Felixia Yeap

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×