berita

Dugaan Datang Berturut-Turut, Anak Dato Red Juga Dalam Proses Perceraian

October 16th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini Dato Red memberitahu bahawa dia ingin mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama Adira selepas penyanyi itu memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat.

Terbaru, dia memuat naik foto dan kapsyen mengenai anak perempuannya, Aziera yang menuntut cerai di mahkamah.

Aku pula teman anakku

https://www.instagram.com/p/B3qrw0LlGHn/

Menurut Dato Red, dia merupakan insan yang paling gembira sewaktu menikahkan anak perempuannya. Namun, jodoh anaknya itu berkemungkinan tidak panjang apabila anaknya yang berusia 20 tahun itu, telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor. Tambah Dato Red, dugaan yang menimpa dirinya dan anak perempuannya itu sangat berat untuk dipikul.

Menerusi laporan Astro Gempak, Aziera merupakan anak perempuan hasil perkahwinan pertama Dato Red dengan bekas isteri ketika berusia 20 tahun dan perkahwinan mereka hanya bertahan selama lima tahun. Disoal mengenai permohonan cerai yang dilakukan, Dato Red akui simpati dengan nasib anaknya, kerana usia perkahwinan mereka baru setahun.

Menyelamatkan perkara halal

https://www.instagram.com/p/B3ZJz03lBiS/

 

Terdahulu, Datuk Red memberitahu bahawa dia ingin mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama Adira. Menurutnya, dia melakukan hal demikian kerana masih sayangkan isteri dan anak-anaknya. Sebagai suami dan bapa, dia mengakui alpa dengan kehidupan dunia namun akan gunakan peluang yang ada untuk memujuk isterinya semula dan menarik balik permohonan yang difailkan.

Mereka mendirikan rumah tangga di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Sumber: Dato Red & Astro Gempak

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×