Pasangan selebriti Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson diduga selepas mereka disahkan positif Covid-19 pada Februari.
Artikel Berkaitan: Ramai Wanita Cemburu Tengok Zahirah Macwilson, Badan Macam Anak Dara Jadi Idaman – ‘Tak Macam Mak Anak Seorang Pun’
Positif hari ‘anniversary’
Menerusi hantaran di Instagram Stories, Zahirah, 27, memaklumkan dia dijangkiti pada 20 Februari lalu. Menurut Zahirah, hari tersebut sepatutnya menjadi hari bahagia kerana merupakan ulang tahun perkahwinan mereka kali kedua.
Berkongsi mengenai gejala yang dihadapi, pemilik nama Nur Zahirah Macwilson Zainol berkata dia mengalami sakit tekak, batuk, selesama dan mula keletihan.
Ceritanya lagi, tugas menjaga Isaac Raees diberikan sepenuhnya kepada Aiman termasuklah menyediakan makanan.
Aiman dulu kuarantin
Sementara itu, pelakon drama Curi-Curi Cinta menyatakan Aiman, 33, dijangkiti terlebih dahulu selepas menjadi kontak rapat pada 1 Februari.
Tidak dapat menyambut ulang tahun kelahiran isteri tercinta pada hari tersebut, pemilik nama Aiman Hakim Ridza Abdoh terpaksa berada dalam bilik berasingan sehingga selesai tempoh kuarantin kendiri atau self-quarantine.
Bagaimanapun, kata anak kepada aktor Zainol Johari MacWilson, Isaac tidak dijangkiti wabak itu dan berada dalam keadaan sihat.
Terdahulu, Zahirah dan Aiman mengikat tali pertunangan pada 8 Jun 2018 di Perth, Australia selepas enam bulan menjalin hubungan cinta.
Pada 20 Februari 2020 pasangan romantis itu selamat disatukan di Foyer Glamhall di Mercu Mustapha Kamal di ibu kota.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan cahaya mata sulung lelaki pertama, Isaac Raees yang kini berusia setahun.
Sumber: Instagram @zahirahmacwilson