
Usahawan dan pempengaruh terkenal, Ojen Aiwahhh enggan memanjangkan isu yang berkait dengan kenyataan atlet Muay Thai negara, Johan Ghazali berhubung kunafa yang disifatkan sebagai makanan ‘sampah’.
Artikel Berkaitan: ‘Tidak Kisah Anggap Kunafa Pencuci Mulut Kurang Sihat, Bukan Label Makanan Sampah’ – Ojen Aiwahhh ‘Down’ Seharian
Artikel Berkaitan: Label Kunafa ‘Makanan Sampah’, Ojen Aiwah Dakwa Johan Ghazali Tak Beradab – ‘Kalau Tak Suka, Cakap Baik-Baik’
Tak kisah dihina
View on Threads
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Ojen atau nama sebenarnya Mohd Ruzain Ahza Mohd Rosli, 30, memaklumkan perniagaannya sentiasa menerima cacian daripada masyarakat.
Menurut Ojen, dia turut digelar pondan namun memilih untuk tidak membalas kata-kata tersebut kerana percaya setiap hinaan yang diterima mampu menjadi asbab untuk meraih pahala.
Pondan lagi? Apa lagi nak bagi, bagi.
Aku seronok kumpul pahala.
Bisnes aku tak berhenti dicaci dan dimaki. Digelakan, tidak mengapa.
Bukan aku yang mula cari pasal. Yang bijak akan nilai dengan hati.
Dalam pada itu, Ojen turut beranggapan segala yang berlaku mungkin berpunca daripada keterlanjuran kata-katanya sendiri sebelum ini sehingga menyinggung perasaan segelintir pihak.
Kalau ini hukuman kerana mulut aku yang tersalah kata tempoh hari.
Aku terima. Terima kasih semua. Doakan aku.
Imbas kembali, berlaku perselisihan faham antara Johan Ghazali dan Ojen Aiwahhh sehingga mencetuskan perhatian hangat netizen di media sosial.
Isu tersebut bermula selepas Johan Ghazali menyifatkan pencuci mulut popular, kunafa, sebagai makanan ‘sampah’ kerana kandungannya yang dianggap tidak sihat.
Kenyataan itu bagaimanapun menimbulkan rasa kurang senang Ojen, memandangkan kunafa merupakan produk utama perniagaannya.
Sumber: Threads @ojenaiwahhh_