berita

‘Duit Dah Habis Bayar Tapi Rumah 3 Bulan Buat Tak Siap, Tebuk Sana Sini…’

February 2nd, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan setiap manusia, ujian dan dugaan itu akan datang tanpa kita sedari. Begitulah yang dialami oleh keluarga ini apabila mereka mendakwa menjadi ‘mangsa’ tipu seorang kontraktor yang diupah untuk mengubah suai rumah mereka.

Rumah tak siap

Dah bayar penuh tapi kerja tak siap

Berdasarkan perkongsian yang dimuatnaik seorang gadis, Farahinisa di Twitter menceritakan pengalaman keluarganya dengan mendakwa ‘dipertemukan’ dengan kontraktor yang tidak bertanggungjawab.

Menurut gadis ini lagi, keluarganya telah mengupah kontraktor untuk membaik pulih rumahnya tetapi sebaliknya pula yang terjadi apabila kontraktor berkenaan dikatakan tidak membuat kerja seperti yang dijanjikan walhal bayaran sudah pun dibuat.

‘Semua barang recycle punya’

Gadis ini mengatakan sepatutnya tingkap dapur rumah mereka perlu digantikan dengan besi dan lengkap dengan cermin. Tetapi kontraktor ini hanya membuat besi tingkap sahaja dan apabila ditanya, dia mengatakan bahawa harga cermin tidak termasuk dalam bil yang telah dipersetujui.

Janji sebulan tapi dah 3 bulan

‘Tolong jangan main-mainkan kitorang’

Jelas gadis ini lagi, kontraktor berkenaan didakwa telah membeli mozek lantai tanpa berbincang dengan tuan rumah terlebih dahulu. Tidak cukup dengan itu, kontraktor itu juga dipercayai telah ‘meninggalkan’ rumah tersebut dengan keadaan tidak siap.

Perbualan anak kontraktor

Sumber: Farahinisa_

SKIP THIS AD ×